TS25 Modul 5 : Penilaian dan Refleksi

TS25 Modul 5 : Penilaian dan Refleksi, ini dibina khusus untuk membolehkan peserta-peserta menilai semula keempat-empat modul yang telah dipelajari dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). 

Dalam hal ini, penilaian  bermaksud proses untuk mendapatkan data, bukti, maklumat dan keterangan terhadap aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah.

Penilaian ini adalah amat penting dalam usaha sekolah membuat justifikasi terhadap sesuatu program atau aktiviti yang telah dilaksanakan. Penerusan, penambahbaikan dan pemberhentian program atau aktiviti dapat diputuskan selepas penilaian dibuat

Latar belakang program TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.

Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.

TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.

Objektif pelaksanaan TS25 Modul 5

Pelaksanaan pembelajaran Modul 5 : Penilaian dan Refleksi ini akan membantuk peserta untuk:

  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap modul serta tugasan program transformasi sekolah (TS25) melalui penilaian kendiri.
  • Mengenal pasti elemen-elemen yang perlu ditambah baik dalam tugasan program transformasi sekolah (TS25) melalui refleksi.’

Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian?

Proses untuk mendapatkan data, bukti, maklumat dan keterangan dalam usaha membuat justifikasi terhadap sesuatu objek, program atau aktiviti

Apakah yang dimaksudkan dengan refleksi?

  • Pemikiran terhadap sesuatu
  • Pandangan individu
  • Pengalaman atau kepercayaan
  • Pemerhatian peribadi
  • Pendapat

Muat Turun Bahan TS25 : Modul 5

Sila klik pada sub modul untuk mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan:

Semua bahan pembentangan perlu dikumpulkan  dan diserahkan kepada urus setia (BPG) agar bukti, komen dan cadangan dapat dirumuskan bagi penambahbaikan setiap modul pada masa-masa akan datang. Tindakan oleh Ketua Pensyarah / Fasilitator setiap zon.

Koleksi slaid TS25 modul lengkap

MODUL 1
Coaching dan Pementoran
MODUL 5
Penilaian dan Refleksi
MODUL 2
Menerajui Kepimpinan
MODUL 6
Kefahaman Melalui Rekabentuk
MODUL 3
Menerajui Pembelajaran
MODUL 7
Digital Tools & Resources
MODUL 4
Persekitaran Pembelajaran Bermakna
MODUL 8
Redesigning SLE

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!