Pembelajaran Bermakna TS25 ini dikongsikan dengan lebih lanjut menerusi slaid yang disediakan oleh Mustaffar Abd Majid, Dr. Nor ‘Azah Ahmad Safran & Pasukan Penal Modul KPPB 2.0 IPGM. Perkongsian merupakan kesinambungan Program Transformasi Sekolah (TS25).
Pedagogi pembelajaran bermakna (NPDL) yang baru mungkin menjadi perintis untuk menyokong persiapan murid untuk menghadapi cabaran dan kesukaran di sekeliling mereka. Situasi ini juga pasti dapat memberi peluang yang berkesan kepada pelajar untuk menyuara pandangan dan pendapat mereka.
Perubahan corak pemikiran dalam pendidikan
Pedagogi pembelajaran bermakna baru (NPDL) mewakili perubahan corak pemikiran. Ini mencerminkan perubahan dalam kehidupan sosial masyarakat. Guru juga perlu berfikir dengan lebih terperinci bagaimana kaedah pengajaran yang terbaik di dalam kelas.
Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NDPL) menggambarkan kaedah pengajaran, pembelajaran, dan penilaian penilaian holistik. Pembelajaran yang bermakna diharapkan agar dapat mengubah corak pendidikan tradisonal dengan mempersiapkan pelajar yang lebih baik sesuai dengan dunia mereka.
6C dalam pembelajaran bermakna TS25
Pembelajaran Bermakna TS25 : Sahsiah
Sahsiah: Belajar Cara Belajar
Skala
Kriteria
1
Murid masih perlukan bimbingan guru untuk belajar
2
Murid mula bekerjasama dengan guru dalam mereka bentuk PdP
3
Murid boleh kenal pasti apa dan mengapa mereka perlu belajar
4
Murid mahir mereka bentuk pengalaman pembelajaran baharu
5
Murid sangat mahir menyelesaikan masalah dan menjana pengetahuan baharu yang berimpak dalam kehidupan
Kemahiran interpersonal dan bekerjasama masih tidak jelas terbukti
2
Murid bekerjasama bagi menghasilkan produk tetapi keputusan penting dikuasai oleh beberapa ahli sahaja
3
Murid menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik dan berkongsi tanggungjawab bersama
4
Murid menjelaskan bagaimana tanggungjawab mereka dijelaskan dalam tugasan
5
Murid melaksanakan tanggungjawab secara indigidu dan kolektif serta memaksimum idea dan kepakaran ahli
Kolaboratif: Kemahiran sosial, emosi & silang budaya
Skala
Kriteria
1
Murid melihat sesuatu dari perspektif sendiri menyebabkan hubungan positif antara ahli terjejas
2
Murid mempunyai kesedaran kendiri yang meningkat dan kesan tingkahlaku mereka terhadap orang lain
3
Murid lebih bertoleransi serta menghargai perspektif yang berbesa antara mereka
4
Murid bekerja dengan berkesan dan saling menyokoong sebagai ahli pasukan
5
Murid mempunyai kemahiran sosial dan empati yang tinggi merentasi budaya dan berjaya membentuk hubungan yang positif dalam pasukan
Kolaboratif: Menguruskan dinamika & cabaran
Skala
Kriteria
1
Murid tidak berupaya menjelaskan pandangan sendiri dan mengelak konflik dalam kumpulan
2
Murid mula menganalisa perbezaan pendapat bagi mengelakkan konflik
3
Murid bekerja secara berkesan dalam pasukan tetapi masih memerlukan bimbingan untuk menyelesaikan konflik serta menangani cabaran
4
Murid semakin mahir meneroka pandangan yang berbeza tanpa menjelaskan kemampuan kumpulan
5
Murid sangat mahir meneroka paneapat yang berbeza secara berhemah bagi memperkayaka pembelajaran dan pemikiran diri dan pasukan
Kolaboratif: Pemanfaatan digital
Skala
Kriteria
1
Murid menggunakan beberapa elemen digital asas
2
Murid memanfaatkan elemen digital untuk memudahkan perkongsian tetapi tidak begiti mendalami proses kolaboratif
3
Murid menggunakan elemen digital dengan berkesan untuk mempertingkatkan kolaboratif antara ahli kumpulan
4
Murid dapat menjelaskan bagaimana elemen digital membantu aspek kolaboratif dalam kumpulan
5
Murid menggunakan elemen digital dengan berkesan dalam emmpertinkatkan kualiti kolaboratif dan inovatif dalam konteks baharu dan berbeza
Pembelajaran Bermakna TS25 : Komunikasi
Komunikasi: Komunikasi yang koheren menggunakan pelbagai mod komunikasi
Skala
Kriteria
1
Murid cenderung menggunakan satu mod komunikasi
2
Murid menggunakan pelbagai mod dan alatan komunikasi tetapi masih memerlukan bimbingan
3
Murid menggunakan pelbagai alatan dan mod komunikasi untuk menghasilkan komunikasi yang koheren
4
Murid mahir memilih pelbagai mod dan alatan komunikasi untuk menyampaikan mesej tempatan dan global
5
Murid sangat mahir berkomunikasi secara koheren dan berkesinambungan
Komunikasi: Komunikasi yang direka untuk audien khusus
Skala
Kriteria
1
Murid cenderung menggunakan mod dan alatan komunikasi yang biasa mereka gunakan
2
Murid mula mahir memilih mod dan alatan komunikasi bagi menyesuaikan dengan audien
3
Murid dapat mereka bentuk komunikasi yang sesuai relevan dan bermakna mengikut audien
4
Murid berupaya mengubahsuai dan menambahbaik kemahiran komunikasi mengikut pelbagai audien tempatan dan global
5
Murid sangat mahir dalam pelbagai strategi untuk menyampaikan mesej yang berupaya mengubah cara pemikiran audien
Komunikasi: Perbezaan & kepentingan komunikasi multi-modal
Skala
Kriteria
1
Komunikasi murid kurang koheren, kurang digabungjalin dan kurang bernas
2
Murid mula menggabungkan elemen pemikiran yang berbeza untuk membentuk mesej yang lebih koheren
3
Murid mengunakan pelbagai mod komunikasi supaya mesej yang dianalisis/sintesis digabungjalin dapat disampaikan dengan cara terbaik
4
Murid mahir menggunakan pelbagai starategi untuk menggabungkan pelbagai maklumat dan memanfaatkan gabungan alatan yang sesuai untuk sampaikan mesej penting tempatan dan global
5
Murid tahu ‘big idea’ dan cara terbaik untuk menyampaikannya menggunakan gabungan alatan dan mod komunikasi yang betul
Komunikasi: Refleksi terhadap proses pembelajaran untuk lebih membangunkan & menambahbaik komunikasi
Skala
Kriteria
1
Murid bekerjasama tanpa memberi perhatian kepada aspek keberkesanan komunikasi
2
Murid mula membina dan mengikuti protokol komunikasi yang baik untuk bekerjasama
3
Murid berupaya untuk memantau, mengurus dan memperbaiki komunikasi
4
Murid menggunakakan pelbagai perspektif untuk membuat jangkaan berkaitan cabaran komunikasi
5
Murid sangat mahir dan intuitif dalam mencari sinergi kerjasama
Komunikasi: Pemanfaatan digital
Skala
Kriteria
1
Murid menggunakan beberapa elemen digital yang sangat asas untuk komunikasi
2
Murid menggunakan peluang digital untuk berkomunikasi semasa proses PdP dan penyampaian mesej kepada audien
3
Murid menggunakan alatan digital dengan efektif untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti komunikasi dalam proses PdP dan audien
4
Murid mahir memanfaatkan elemen digital untuk menghasilkan mesej yang lebih mengesan dan kekal dalam minda audien
5
Murid sangat mahir menggunakan elemen digital untuk meningkatkan kualiti dan nilai komunikasi dalam proses PdP dan audien serta menggunakan pemahaman dalam konteks baharu dan berbeza
Pembelajaran Bermakna TS25 : Kreativiti
Kreativiti: Keusahawan ekomomi dan sosial
Skala
Kriteria
1
Murid belum lagi mempunyai perspektif keusahawanan untuk mengenal pasti peluang sosial dan ekonomi
2
Murid telah mula meningkatkan perspektif keusahawanan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial dengan bimbingan guru
3
Murid meningkatkan perspektif keusahawanan dan peluang dalam penyelesaian masalah sebenar melalui latihan
4
Murid memiliki semangat keusahawanan merangkumi inovasi, berani mengambil risiko dan berwawasan
5
Murid mampu menilai potensi dan sumber yang ada di sekeliling mereka untuk merealisasikan ke arah penyelesaian masalah atau peluang baharu
Kreativiti: Menyoal menggunakan soalan inkuiri yang tepat
Skala
Kriteria
1
Murid mampu merangka proses inkuiri jika diperjelaskan oleh guru tetapi tidak mampu meneroka isu
2
Murid masih perlukan bimbingan dan sokongan untuk meneroka isu sebenar
3
Murid berkemahiran mengenal pasti masalah dan mereka bentuk inkuiri
4
Murid mempunyai kemahiran inkuiri yang mantap dan provokatif dalam mengenal pasti isu dan melihat dari pelbagai perspektif
5
Murid amat mahir dalam memahami ‘big ideas’, merangka permasalahan, membina soalan provokatif dan meneroka isu sebenar
Kreativiti: Mengambilkira & melaksanakan idea & penyelesaian baharu
Skala
Kriteria
1
Murid menggunakan penyelesaian sedia ada dan cenderung menolak pandangan orang lain
2
Murid masih terikat dengan pengetahuan sedia ada dan memerlukan bimbingan untuk lebih inovatif
3
Murid mula berfikir di luar kotak dan mengembangkan pelbagai kreativiti dengan menggunakan pelbagai strategi pemikiran untuk mencipta penyelesaian
4
Murid mempamerkan pemikiran divergen, berkemahiran dalam pelbagai strategi serta menerima pandangan orang lain
5
Murid amat mahir menyelesaikan masalah, fleksibel, berdaya maju, kreatif, inovatif dan realistik dalam meningkatkan kualiti kehidupan
Kreativiti: Kepemimpinan untuk melaksanakan tindakan
Skala
Kriteria
1
Murid kurang berkeyakinan dan kemahiran untuk melibatkan orang lain bagi menjayakan visi
2
Murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran memimpin dan menerima tanggung jawab
3
Murid mempamerkan kemahiran memimpin dengan memilih dan menentukan peranan ahli kumpulan dan memikirkan tindakan yang diperlukan
4
Murid menentukan hala tuju dengan jelas dan memanfaatkan kelebihan dan minat ahli
5
Murid mempunyai kemahiran kepemimpinan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan memberi inspirasi kepada murid lain
Kreativiti: Pemanfaatan digital
Skala
Kriteria
1
Murid menggunakan elemen digital pada peringkat asas tanpa kreativiti
2
Murid menggunakan peluang digital untuk berkomunikasi semasa proses PdP dan penyampaian mesej kepada audien
3
Murid menggunakan alatan digital dengan efektif untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti komunikasi dalam proses PdP dan audien
4
Murid mahir memenfaatkan elemen digital untuk menghasilkan mesej yang lebih mengesan dan kekal dalam minda audien
5
Murid sangat mahir menggunakan elemen digital untuk meningkatkan kualiti dan nilai komunikasi dalam proses PdP dan audien serta menggunakan pemahaman dlam konteks baharu dan berbeza
Pemikiran Kritis Melalui Pembelajaran Bermakna TS25
Pemikiran Kritis: Menilai maklumat & hujah
Skala
Kriteria
1
Murid mahir mencari maklumat tetapi sukar menentukan kesahihan
2
Murid mahir mencari dan meyaring maklumat yang relevan dan menilai hujah
3
Murid dapat menilai kesahihan maklumat serta hujah dan boleh menerangkan proses pemikiran
4
Murid dapat menilai kesahihan maklumat serta hujah dan memberikan justifikasi walaupun kurang mantap
5
Murid sangat mahir menilai kesahihan maklumat serta hujah dan memberikan justifikasi yang bermakna serta mempamerkan daya intuisi/gerak hati
Pemikiran Kritis: Membuat perkaitan L& mengenal pasti pola
Skala
Kriteria
1
Murid boleh melihat pola dan perkaitan dengan bimbingan guru
2
Murid mengembangkan kebolehan untuk mengakses, meneroka dari pelbagai sumber perspektif dan pandangan
3
Murid dapat membuat perkaitan signifikan antara idea dan merentas sempadan serta disiplin yang berbeza
4
Murid dapat mengukuhkan kefahaman tentang kewujudan saling berkaitan dalam pembelajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan
5
Murid sangat mahir membina kefahaman yang bermakna dan menggunakannya dalam dunia dan konteks baharu yang saling berhubungan
Pemikiran Kritis: Pembinaan ilmu yang bermakna
Skala
Kriteria
1
Murid sebagai pengguna maklumat dan masih berusaha membina pengetahuan bermakna
2
Murid membina pengetahuan pada peringkat asas yang terhad (intepretasi, analisis,sintesis dan penilaian yang minimum)
3
Murid mempunyai kemahiran interpretasi dan analisis maklumat yang baik untuk membina pengetahuan bermakna
4
Murid membuat interpretasi, menganalisis, menilai maklumat membuat perkaitan bermakna merentasi dua disiplin dan menggunakan pengetahuan baru yang boleh diaplikasikan
5
Murid sangat mahir membuat penaakulan dan mempunyai pemikiran kritis yang mantap dalam membina pengetahuan bermakna
Pemikiran Kritis: Membina ilmu secara kolaboratif
Skala
Kriteria
1
Murid boleh membina pengetahuan secara individu tetapi belum boleh berfikir secara bersama
2
Murid mula boleh berfikir secara bersama dan bekerjasama untuk membina pengetahuan baharu
3
Murid terlibat secara kolaboratif, membina idea bagi menghasilkan pengetahuan baharu
4
Murid bekerjasama secara sinergi dalam mencetuskan idea bernas dengan menggunakan alatan digital secara berkesan untuk menyokong perkongsian
5
Murid berfikir dan bekerjasama melalui pengkongsian pemikiran intuitif dan sinergistik dalam menghasilkan pengetahuan baharu
Pemikiran Kritis: Menguji, membuat refleksi & melaksanakan tindakan berasaskan idea dalam dunia sebenar
Skala
Kriteria
1
Murid memahami tugasan dalam perspektif mereka sendiri dan masih memerlukan bimbingan
2
Murid membina kemahiran asas untuk mengembangkan idea dan pembelajaran yang berbeza dengan bimbingan
3
Murid membentuk pengetahuan baharu dengan cara sendiri dalam konteks khusus serta mengaplikasi dalam cabaran/masalah dunia sebenar
4
Murid terlibat membangunkan pelan perancangan dan prototaip sertanya menguji dalam dunia sebenar
5
Murid mengenal pasti proses yang amat berkesan untuk menilai idea bagi mengaplikasi kreativiti dalam konteks baharu
Pemikiran Kritis: Pemanfaatan digital
Skala
Kriteria
1
Murid menggunakan elemen digital peringkat asas untuk melaksanakan tugasan
2
Murid menggunakan elemen digital untuk membina pemikiran kritis
3
Murid memperdalamkan pemikiran kritis dengan menggunakan elemen digital untuk mengaplikasikan pengetahuan baharu
4
Murid menghasilkan sendiri alatan digital dan menerangkan bagaimana elemen digital meningkatakan pemikiran kritis
5
Murid sangat mahir menggunakan elemen digital untuk meningkatkan kualiti dan nilai pemikiran kritis serta mengaplikasikannya ke dalam kontek baharu dan berbeza
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.