TS25 Modul 6 : Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) memberi fokus kepada pemantapan pembelajaran bermakna dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.
Latar belakang program TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan Program Strategik KPM untuk merangkai titik-titik (connecting the dots) bagi memastikan sistem pendidikan negara bergerak selaras dengan perkembangan abad ke 21.
Fokus program TS25 adalah bagi menghasilkan kemenjadian murid secara holistik dan sekolah berkualiti . Bagi menjayakan hasrat tersebut, kepimpinan sekolah perlu memahami konsep TS25 agar dapat mengerakkan secara maksimum komponen-komponen yang telah digariskan dalam kerangka TS25
Objektif pelaksanaan TS25 Modul 6
- Mengenal pasti elemen utama yang terdapat di dalam kurikulum berasaskan penyataan standard.
- Membanding beza amalan perancangan pengajaran sedia ada dengan pendekatan KmR
- Menerima pendedahan terhadap amalan PdP dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penerapan Kompetensi Pembelajaran Bermakna (6C).
- Mengenal pasti kaedah PdP yang sesuai dengan hasil pembelajaran dan keperluan pelajar untuk penerapan Kompetensi Pembelajaran
- Bermakna (6C) dan pelaksanaan PBD.
- Menyediakan rancangan mengajar berasaskan KmR untuk penerapan Kompetensi Pembelajaran Bermakna (6C) dan pelaksanaan PBD.
Bahan Modul TS25 : Modul 6
Sila klik pada sub modul untuk mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan:
- 6.0) Pengenalan Modul 6
- 6.1) Modul Teras – Merungkai Standard
- 6.2) Modul Sokongan – Pengajaran Inovatif (PBL)
Koleksi slaid TS25 modul lengkap
MODUL 1 Coaching dan Pementoran | MODUL 5 Penilaian dan Refleksi |
MODUL 2 Menerajui Kepimpinan | MODUL 6 Kefahaman Melalui Rekabentuk |
MODUL 3 Menerajui Pembelajaran | MODUL 7 Digital Tools & Resources |
MODUL 4 Persekitaran Pembelajaran Bermakna | MODUL 8 Redesigning SLE |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.