TS25 Modul 8 : Redesigning SLE memberi penekanan terhadap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan elemen penting bagi mengukur keberkesanan proses perancangan dan pelaksanaan yang telah di buat oleh pihak sekolah.
lsi kandungan modul menumpukan kepada pelaksanaan PBD, Pertimbangan Professional dalam PBD, Pentaksiran Kerja Projek dan juga Proses Pemantauan PBD.
Dalam Modul 8 peserta dilatih untuk memahami konsep PBD dan menguasai kemahiran dalam merancang dan melaksanakan PBD di sekolah bagi tujuan mempelbagaikan kaedah pentaksiran yang boleh dibuat bagi mengukur kemenjadian murid secara menyeluruh.
Fokus kerja projek untuk pertimbangan
Modul ini juga memfokuskan pada beberapa contoh kerja projek yang terpilih sebagai asas pertimbangan dalam merancang dan melaksanakan bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran secara holistik berdasarkan elemen-elemen yang bersesuaian dibina menggunakan rubrik sebagai asas pertimbangan dalam penilaian yang dibuat. Pada masa yang sama proses pemantauan secara berterusan dibincangkan bagi memastikan proses pelaksanaan PBD dapat diukur secara tekal dan berkualiti.
Aspek pentaksiran adalah amat penting dalam mengenal pasti kemenjadian murid dan menjadi asas Modul 8 dibina dengan mengambil kira elemen merangkai titik-titik dalam membangunkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah kemenjadian murid.
Melalui modul 8 ini adalah diharapkan agar konsep kemenjadian murid dalam Program Transformasi Sekolah (TS25) dapat dilihat secara menyeluruh.
Kandungan TS25 : Modul 8
Sila klik pada Submodul yang berikut untuk akses kepada bahan dan maklumat lanjut berkaitan Modul 8:
- 8.0) Pengenalan Modul 8
- 8.1) Amalan PBD
- 8.2) Amalan Pertimbangan Profesional
- 8.3) Amalan Pentaksiran Profesional
- 8.4) Amalan Pemantauan Profesional
- 8.5) Rumusan & Tugasan
Standard kandungan, pembelajaran dan prestasi
- Standard kandungan merupakan Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan merujuk kepada Standard pembelajaran.
- Standard prestasi : Satu set kriteria yang menunjukkan tahap‐tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
Laksanakan pertimbangan profesional
Pertimbangan yang dibuat menggunakan pengetahuan yang profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi elemen yang digariskan untuk penguasaan murid dalam pembelajaran mereka:
- pengetahuan
- kemahiran dan nilai
- bukti pembelajaran
- strategi pengajaran
- kaedah pentaksiran
- kriteria dan standard
Koleksi bahan lengkap setiap modul
MODUL 1 Coaching dan Pementoran | MODUL 5 Penilaian dan Refleksi |
MODUL 2 Menerajui Kepimpinan | MODUL 6 Kefahaman Melalui Rekabentuk |
MODUL 3 Menerajui Pembelajaran | MODUL 7 Digital Tools & Resources |
MODUL 4 Persekitaran Pembelajaran Bermakna | MODUL 8 Redesigning SLE |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.