TS25 Modul 7 : Digital Tools & Resources memacu kemenjadian murid melalui kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna.
Perhatikan perkembangan guru, kerana ini adalah program yang dijalankan secara berterusan. Kepimpinan di sekolah, perlu memastikan program pembelajaran profesional guru sebagai usaha berterusan ke arah kerja yang lebih berkesan dalam menyokong pembelajaran pelajar dan dari semasa ke semasa.
Latar belakang program TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.
Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.
TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.
Objektif pelaksanaan TS25 Modul 7
- 1. Mengenal pasti model pembelajaran bermakna sebagai asas keberhasilan dan kemenjadian murid.
- 2. Mengenal pasti elemen-elemen kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna berasaskan persekitaran sekolah.
- 3. Menggunakan model kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna bagi mengoptimumkan kemudahan resos dan
- alatan digital.
- 4. Memantapkan peranan pemimpin menyediakan iklim sekolah yang menyokong pembinaan kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna.
Kandungan TS25 : Modul 7
Modul ini terdiri daripada tujuh sub modul. Sila klik pada sub modul di atas untuk akses kepada bahan dan maklumat lanjut berkaitan Modul 7:
- 7.1) Pengenalan Modul 7 (DTR)
- 7.2) Konsep Kapasiti Pedagogi (Pedagogi untuk Pembelajaran Bermakna)
- 7.3) Konsep Pembelajaran Bermakna – Model Pembelajaran Murid
- 7.4) Peranan Pemimpin Sekolah
- 7.5) Konsep Resos dan Alatan Digital
- 7.6) Mengaplikasi Pedagogi untuk Pembelajaran Bermakna di Bilik Darjah
- 7.7) Tugasan Modul 7
Koleksi slaid TS25 modul lengkap
MODUL 1 Coaching dan Pementoran | MODUL 5 Penilaian dan Refleksi |
MODUL 2 Menerajui Kepimpinan | MODUL 6 Kefahaman Melalui Rekabentuk |
MODUL 3 Menerajui Pembelajaran | MODUL 7 Digital Tools & Resources |
MODUL 4 Persekitaran Pembelajaran Bermakna | MODUL 8 Redesigning SLE |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.