TS25 Modul 4 : Persekitaran Pembelajaran Bermakna adalah usaha berterusan yang bertujuan untuk menyokong pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan dan melaksanakannya dengan kerap.
Perhatikan perkembangan guru, kerana ini adalah program yang dijalankan secara berterusan. Kepimpinan di sekolah, perlu memastikan program pembelajaran profesional guru sebagai usaha berterusan ke arah kerja yang lebih berkesan dalam menyokong pembelajaran pelajar dan dari semasa ke semasa.
Latar belakang program TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.
Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.
TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.
Objektif pelaksanaan TS25 Modul 4
- Mengemaskini perkembangan semasa transformasi sekolah anda.
- Mengenal pasti konsep persekitaran pembelajaran profesional dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya.
- Membudayakan persekitaran pembelajaran profesional ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran.
- Merungkai peranan Pemimpin Pertengahan (PP) dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran profesional.
- Memantapkan kompetensi PP membimbing guru meningkatkan persekitaran pembelajaran profesional melalui bimbingan instruksional.
Kandungan TS25 : Modul 4
- 4.0) Persekitaran Pembelajaran Profesional (Pengenalan)
- 4.1) Modul 4.1 – Konsep PP
- 4.2) Modul 4.2 – Menganalisis PPG
- 4.3) Modul 4.3 – Peranan Pemimpin Pertengahan (Bimbingan Instruksional)
Konsep persekitaran pembelajaran
- A1: Recap – Menyemak Pelaksanaan Tugasan TS25 -Modul 1 – 3) (1 jam)
- A2: Konsep Persekitaran Pembelajaran Profesional (1 jam)
- A3: Pembangunan Profesional vs Pembelajaran Profesional (1 jam)
- Bahan bacaan (Bab 1: From Professional Development to Professional Learning dari buku Realizing the Power of Professional Learning (Helen S. Timperley, 2011)
- A4: Senarai Semak Peranan PPS (1 jam)
- A5: Inkuiri Pembelajaran Profesional (1 jam)
- A6: Autonomi Guru (1 jam)
- Bahan bacaan: Teachers in Finland – trusted professionals
- A7: Konsep Pelan Pembelajaran Profesional (1 jam)
Menganalisis Persekitaran Pembelajaran
- A8: Refleksi Konsep Persekitaran Profesional & Analisis Jurang (1.5 jam)
- A9: Menentukan Bidang Fokus Pembelajaran Profesional (0.5 jam)
- A10: Menganalisis dan Mengemaskini Pelan Pembelajaran Profesional Guru (1 jam)
Peranan Pemimpin Pertengahan
- A11 – Bimbingan Instruksional (Instructional Coaching) (2 jam)
- Video-video Demonstrasi
- Rakaman Video Pengajaran
Koleksi slaid TS25 modul lengkap
MODUL 1 Coaching dan Pementoran | MODUL 5 Penilaian dan Refleksi |
MODUL 2 Menerajui Kepimpinan | MODUL 6 Kefahaman Melalui Rekabentuk |
MODUL 3 Menerajui Pembelajaran | MODUL 7 Digital Tools & Resources |
MODUL 4 Persekitaran Pembelajaran Bermakna | MODUL 8 Redesigning SLE |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.