TS25 Modul 2 : Menerajui Kepimpinan

TS25 Modul 2 : Menerajui Kepimpinan akan mendorong pihak sekolah supaya mampu membina profil pemimpin pertengahan. Modul ini juga membolehkan mereka berupaya meningkatkan kompetensi masing-masing yang dapat merealisasikan hasrat  TS25.

Program Transformasi Sekolah 2025 merupakan Program Strategik KPM. Dalam menjayakan hasrat program ini adalah amat wajar untuk pihak kepimpinan sekolah memahami fokus kepada mengupayakan barisan kepimpinan pertengahan melalui pelbagai pendekatan. 

Kefahaman kepada kosnep pemimpin pertengahan dan kemahiran mereka mempengaruhi orang lain adalah sesuatu yang amat diperlukan. 

Latar belakang program TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.

Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.

TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.

Objektif pelaksanaan TS25 Modul 2

Matlamat Program TS25 adalah untuk mentransformasikan sistem pendidikan sedia ada. Melalui pelaksanaan Modul 2 ini, diharapkan agar peserta dapat:

  • Fahami peranan dan tanggungjawab pemimpin pertengahan
  • Menganalisis dan menentukan sumber daya manusia sekolah yang berpotensi menjadi MLT.
  • Menetapkan kemahiran dan kaedah untuk mempengaruhi orang lain.
  • Analisis secara kritis peranan kemahiran pencerapan dan maklum balas di sekolah.
  • Kenal pasti kebolehan dan mekanisme untuk menyokong perkembangan profesionalisme guru.

Kandungan TS25 : Modul 2

Gunakan PinTaS untuk meningkatkan sekolah yang berpusatkan data. Dalam usaha memastikan pelaksanaan proses penambahbaikan dilaksanakan dengan berkesan di sekolah, para peserta juga dilatih untuk menggunakan OPPM sebagai alat yang efektif untuk memantau dan mengendalikan pelaksanaannya.

Pada masa yang sama, modul ini diharapkan dapat membentuk komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti PdP dan mempromosikan pembaharuan sekolah masing-masing.

Koleksi slaid TS25 modul lengkap

MODUL 1
Coaching dan Pementoran
MODUL 5
Penilaian dan Refleksi
MODUL 2
Menerajui Kepimpinan
MODUL 6
Kefahaman Melalui Rekabentuk
MODUL 3
Menerajui Pembelajaran
MODUL 7
Digital Tools & Resources
MODUL 4
Persekitaran Pembelajaran Bermakna
MODUL 8
Redesigning SLE

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

1 thought on “TS25 Modul 2 : Menerajui Kepimpinan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!