Program Transisi Tahun Satu 2021 ini dikongsikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada Disember 2020 sebagai persediaan mengahadapi sesi persekolahan 2021.
Program Transisi Tahun 1 merupakan program yang bertujuan untuk membantu kesediaan murid bagi menghadapi pendidikan formal di sekolah rendah. Berikut merupakan butiran pelaksanaan Program Transisi:
- 2001 – 2006 : 3 bulan
- 2007 – 2020 : 3 minggu
- Enrolmen murid prasekolah 5+: 389,354 (SMPK, September 2020)
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Pandemik COVID-19 memberi implikasi bilangan hari persekolahan berkurang dan kehadiran murid ke sekolah. Peratus kehadiran merosot dan terjejas.
Program Transisi Tahun Satu 2020 akan dilaksanakan dalam tempoh 43 hari bermula 20 Jan 2021 hingga 26 Mac 2021. – KPM
Modul Orientasi | Modul PdP |
---|---|
20 Januari – 29 Januari | 1 Februari – 29 Mac |
Rutin Kelas Perbualan Awal Aktiviti Fizikal Aktiviti Suai Kenal Aktiviti Pembelajaran – Rehat | Saya Sihat Saya Selamat Saya dan Nombor Detektif Alam Hidup Bersama |
Setelah membuat perancangan pada fasa 1, pada fasa 2 (penyesuaian) dan 3 (Kesediaan) adalah pelaksanaan.
Peranan dan Tanggung Jawab KPM
Bil | Perkara | Tindakan |
---|---|---|
1. | Perkongsian ilmu dan amalan terbaik perlu dilaksanakan agar iklim persaingan antara sekolah dapat diubah kepada iklim perkongsian dan bantu-membantu demi kemenjadian serta kemaslehatan murid | Semua |
2 | Membantu guru memperkasakan semula PdP/PdPR dan pelaksanaan PBD bersesuaian dengan pembelajaran normal baharu. | Semua |
3 | Sebarang perubahan standard operasi prosedur perlu dimaklumkan dengan kadar segera kepada pihak sekolah agar penyelarasan operasi dapat dilaksanakan oleh mereka. | KPM |
4 | Pemantauan dan bimbingan berterusan dalam usaha memastikan PdP 2021 KPM dapat dilaksanakan dengan efisyen | KPM |
5 | Penyediaan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 dan dihantar ke BPK selewat- lewatnya 30 Disember 2020 bagi tujuan muat naik ke laman web | BPLTV dan BPI |
Cabaran pelaksanaan kurikulum pada tahun 2021
Terdapat beberapa cabaran yang akan diharungi oleh guru-guru dan murid di sekolah pada sesi 2021. Disebabkan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang pelaksanaan Penjajaran Kurikulum 2.0 dan Program Transisi Tahun Satu.
Berikut merupakan antara cabaran yang telah disenaraikan oleh KPM. Semoga dengan terlaksana program transisi ini akan membantu menangani cabaran terbebut:
- Penguasaan Literasi & Numerasi (Kemahiran Asas 3M).
- Kesediaan murid untuk meneruskan persekolahan setelah terlalu lama di rumah.
- Peralihan Tahap Persekolahan
Peranan ibu bapa untuk menyediakan anak ke transisi tahun satu
- Menyediakan anak-anak sebelum ke sekolah
- Menyesuaikan anak-anak dengan rutin harian
- Menyesuaikan anak-anamenggunakan kantin dan tandas
- Menyedari pentingnya jaminan keselamatan
- Membantu anak membuat kerja sekolah
- Berkomunikasi dengan baik
- Mengambil tahu pembelajaran anak
- Membendung kebimbangan dan kecurigaan
Dapatkan Panduan Program Transisi Tahun Satu 2021
Memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, sudah tentu persediaan telah bermula dari sekarang. Pastinya ramai guru yang akan memerlukan panduan pelaksanaan. Muat turun risalah melalui pautan ini:
✓ Versi 1 |
Berkaitan Program Transisi Tahun Satu 2021 yang mungkin boleh dijadikan rujukan guru-guru yang terlibat dengan program peralihan murid dari prasekolah ke tahun 1.
Koleksi Modul Transisi tahun 1 2021
Bil | Kredit Perkongsian | Muat Turun |
---|---|---|
1. | Modul Transisi Bahasa Inggeris Tahun 1 – Tcher Akkie | ? |
2. | Modul Transisi Bahasa Melayu Tahun 1 – Cikgu Zuraidah | ? |
3. | Modul Transisi Sains Tahun 1 | ? |
4. | Modul Transisi Matematik Tahun 1 – Cikgu Rozzi | ? |
5. | Modul Transisi Bahasa Arab – Muallimah Rahayu | ? |
6. | Modul Transisi Pendidikan Islam – SKKJ2 | ? |
7. | Modul Transisi Tahun 1 Fasa 3 – SK Tiram Duku | ? |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.
Terima kasih ats perkongsian. Sgt membantu..
Bagaimana pun..sy mohon bantuan.. Ade beberapa link yg diberi tidak sama seperti tajuk. Cth… Buku progrm..tp isinya adalah RPT subjek.
Hanya Panduan Pelaksanaan dan Kertas Kerja shj yg ada/isi dan tajuk adalah sama.
Yg lain2… Tidak ada.
Mohon perhatian dan kerjasama admin.
Respond admin amat dihargai dan didahului dgn ucpn ribuan terima kasih.
Terima kasih Cikgu Haliza, kami telah kemaskini pautan yang telah dinyatakan. 🙂
Terima kasih atas perkongsian tuan. Mohon pencerahan tuan, adakah modul khas yang disediakan oleh KPM bagi modul orientasi dan pdp? Atau sekolah masing-masing yang akan “Create” sendiri kedua-dua modul tersebut?
Terima kasih atas perkongsian. Sangat membantu saya untuk melaksanakan program transisi 2021 ini.
Alhamdulillah, terima kasih juga. 🙂