Kit Transisi Tahun 1 2022 Sebagai Panduan

Kit Transisi Tahun 1 2022 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini merupakan koleksi atau himpunan bahan-bahan program yang bakal berlangsung nanti. Bahan-bahan ini merupakan perkongsian terpilih guru-guru seluruh Malaysia.

Melalui program ini, murid akan dibimbing melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal. Guru-guru akan membantu murid murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

Selain itu juga, program transisi ini diharapkan dapat memberikan motivasi dan menarik minat murid supaya berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Dapatkan Kit Transisi Tahun 1

Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan panduan pengurusan lengkap bagi majlis atau program yang berlangsung di sekolah. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan untuk manfaat bersama, sila hubungi admin @tchercollection dengan segera melalui emel atau Telegram.

muat turun
Download : Kit Program Transisi KPM
Edisi Terkini 2022 Edisi 2021Edisi Kedua

Selain Kit transisi tahun 1, berikut merupakan bahan-bahan berkaitan program transisi tahun 1:

?Panduan Pelaksanaan Program Transisi 2021
?RPT Bahasa Melayu Tahun 1 Termasuk Minggu Transisi
?Kertas Kerja Program Transisi Tahun Satu
?Kit Program Transisi Tahun 1 Edisi Terkini 2022
?Lembaran Kerja Transisi Tahun 1 2022 Beserta Modul Guru
?Contoh RPH Program Transisi Tahun 1
?Contoh Jadual Program Transisi Tahun 1
?Aktiviti menarik minggu transisi tahun satu
?Lembaran kerja tema transisi ke tahun satu
?Modul Transisi Tahun 1
?Teks Pengacara Majlis Transisi Tahun Satu
?Buku Program Transisi Tahun Satu

Persediaan Persekitaran Kelas

Susunan fizikal kelas Tahun Satu perlu ada kesinambungan dengan ciri-ciri yang terdapat di kelas Prasekolah.

Bagi memenuhi matlamat ini, beberapa persediaan awal boleh dilakukan dalam usaha menjadikan persekitaran kelas Tahun Satu yang menarik, ceria dan memberangsangkan.

Antara persediaannya ialah seperti menentukan keperluan yang diperlukan di dalam dan di luar kelas ialah:

  • Mendapatkan kerjasama dan sumbangan orang perseorangan
  • Pemilihan dan susun atur perabot yang sesuai
  • Menentukan lokasi kedudukan kelas yang sesuai
  • Membaik pulih suasana persekitaran kelas agar lebih ceria dan menarik untuk pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Persediaan Guru-Guru Tahun 1

Kejayaan Program Transisi ini banyak bergantung pada keupayaan guru Tahun Satu melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang. Perancangan yang dijalankan termasuklah beberapa persediaan yang perlu mereka lakukan.

Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan adalah seperti memahami dengan jelas konsep dan pengertian Program Transisi, memahami kurikulum Prasekolah, memahami kemajuan murid melalui rekod perkembangan murid, memahami pendekatan pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah untuk dilaksanakan dalam Program Transisi.

Selain daripada itu, menghayati kandungan Kursus Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu, kesediaan guru menerima murid yang menghadapi masalah pembelajaran, meningkatkan kemahiran menangani masalah perbezaan murid serta mencari pelbagai pendekatan mengenai tingkah laku murid adalah antara perkara-perkara lain yang diperlukan.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

17 thoughts on “Kit Transisi Tahun 1 2022 Sebagai Panduan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!