Pengisytiharan Kesihatan Calon Peperiksaan Awam 2021

Pengisytiharan Kesihatan Calon Peperiksaan Awam 2021 perlu dibuat pada setiap hari. Hal ini dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui buku panduan pembukaan semula sekolah 2.0 yang telah dikongsikan sejak minggu lalu.

Panduan ini bertujuan sebagai rujukan bagi pengurusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta peperiksaan lain yang setara.

Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan:

  • Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis Edisi 2017;
  • Garis Panduan Operasi Wabak – Pekeliling Persediaan Menghadapi Wabak Penyakit yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bilangan 1 Tahun 2009; dan
  • Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan STPM/MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Edisi 2017.

Kaedah Pengisytiharan Kesihatan Calon Peperiksaan

  1. Calon boleh mendapatkan Borang Deklarasi Saringan COVID-19 yang disediakan oleh pihak sekolah/Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN). Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan; atau
  2. Calon boleh memuat turun Borang Deklarasi Saringan COVID-19 dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my atau Majlis Peperiksaan Malaysia melalui pautan mpm.edu.my. Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan.

Saringan Imbasan Suhu Badan

Saringan imbasan suhu badan hendaklah dilakukan pada setiap hari di pintu masuk sekolah/pusat peperiksaan sebelum sesi peperiksaan bermula.

Calon yang mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke bawah serta tidak bergejala dibenarkan masuk ke dewan/bilik peperiksaan.

Calon yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan hendaklah mendapatkan rawatan di klinik/hospital untuk mendapatkan surat/dokumen pengesahan tahap kesihatan diri.

Sekiranya pengesahan perubatan mendapati bahawa:

  1. Calon sakit dan disahkan boleh menduduki peperiksaan. Calon dibenarkan untuk menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan atau klinik/hospital yang dibenarkan;
  2. Calon sakit dan disahkan perlu menjalani kuarantin/menerima rawatan lanjut. Calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Calon hendaklah menyerahkan surat/dokumen pengesahan tahap kesihatan diri/arahan kuarantin kepada pihak sekolah bagi proses permohonan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula; dan
  3. Sekiranya tempoh mendapatkan rawatan di klinik/hospital telah melewati tempoh menjawab bagi sesuatu kertas peperiksaan, calon akan dipertimbangkan untuk menduduki peperiksaan pada hari yang sama atau dibenarkan menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula.

Muat Turun Borang Pengisytiharan Kesihatan Calon Peperiksaan Awam

Berikut merupakan maklumat yang berkaitan pembukaan, pengurusan dan pengoperasian sekolah 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

?Muat Turun Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0
?Pengisytiharan Kesihatan Calon Peperiksaan Awam 2021

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!