Video PdPR tidak boleh daftar dalam SPLKPM

Merujuk kepada tularnya video dan mesej berkaitan pendaftaran video untuk tujuan pendaftaran di dalam SPLKPM sebagai hasil seni/kreatif guru, suka di ingatkan SPLKPM ialah Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa elemen yang bukan latihan diberi kelonggaran untuk didaftarkan di dalam sistem bagi menghargai sumbangan guru.

Video PdPR sesi mengajar guru tidak boleh didaftarkan sebagai hasil seni/kreatif di dalam SPLKPM. Ini adalah kerana mengajar itu merupakan tugas hakiki warga pendidik. Membuat persediaan mengajar juga merupakan sebahagian tugas hakiki sebagai seorang guru. 

Ruangan pendaftaran hasil seni/ kreatif ialah merujuk kepada bahan tulisan, audio, video yang mempunyai nilai seni/kreatif dan mendapat pengiktirafan oleh KETUA JABATAN/JPN/PPD/KPM.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Sekiranya hasil seni audio visual yang dihasilkan mendapat pengiktirafan daripada agensi luar KPM, Ketua Jabatan hendaklah mengesahkan dan memeriksa bahan yang dihasilkan sebelum diberi kebenaran untuk didaftarkan di dalam SPLKPM. Pengesahan oleh Ketua Jabatan perlu untuk memastikan bahan yang dihasilkan bebas dari sebarang elemen negatif dan menjaga imej sekolah.

Terdapat juga guru yang mengisi bahagian sumbangan setelah memuat naik video PdPR di media sosial. Bahagian sumbangan bertujuan mengiktiraf dan menghargai kita kerana memberi sumbangan menjalankan tugas selain dari tugas hakiki. Jika kita perlu melaksanakan tugas selain tugas hakiki atas arahan ketua jabatan, itu dikira sebagai Sumbangan Profesional (contoh: Hakim Pertandingan). 

 Sekiranya tugas yang dilakukan di luar arahan Ketua jabatan seperti menjadi Pengerusi Rukun Tetangga, boleh di isi sebagai sumbangan bukan professional.

 Kekeliruan berlaku berikutan ada guru yang dipilih oleh JPN/PPD untuk membuat rakaman video pengajaran. Kumpulan guru yang dipilih ini diberi penghargaan dan layak untuk mengisi bahagian sumbangan berikutan diarahkan untuk membuat pengambaran. Ini ialah sumbangan profesional mereka kerana meluangkan masa dan tenaga selain kekal menjalankan PdPR (tugas hakiki) dengan pelajar mereka.

Sekiranya masih mempunyai keraguan bolehlah merujuk dengan Ketua Jabatan / PPD / JPN.  SULDP hanya akan membuat sokongan sekiranya pengisian guru di dalam SPLKPM mendapat pengesahan dan perakuan Ketua Jabatan masing2. 

Bersama-sama ini disertakan panduan mata kredit MyPPB sebagai rujukan. Klik juga link untuk memuat turun pekeliling dan surat siaran berkaitan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia.https://splkpm.moe.gov.my/mn_pekeliling_siaran/index.cfm

Kesimpulan: video PDPR tidak boleh didaftarkan sebagai sumbangan kreatif ke dalam SPLKPM.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!