Modul Transisi Tahun 1 2021 : Himpunan Pelbagai Subjek

Modul Transisi Tahun 1 2021 : Himpunan Pelbagai Subjek ini merupakan koleksi atau himpunan bahan-bahan program yang bakal berlangsung nanti. Bahan-bahan ini merupakan perkongsian terpilih guru-guru seluruh Malaysia.

Program Transisi Tahun Satu 2021 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.

Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid.

Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Dapatkan Koleksi Modul Transisi Tahun 1

Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan panduan pengurusan lengkap bagi majlis atau program yang berlangsung di sekolah. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan untuk manfaat bersama, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

muat turun

Modul Transisi Tahun 1 2021 ini akan disusun dalam beberapa versi. Terima kasih kepada guru-guru yang telah berkongsi bahan-bahan ini.

BilKredit PerkongsianMuat Turun
1.Modul Transisi Bahasa Inggeris Tahun 1 – Tcher Akkie?
2.Modul Transisi Bahasa Melayu Tahun 1 – Cikgu Zuraidah?
3.Modul Transisi Sains Tahun 1?
4. Modul Transisi Matematik Tahun 1 – Cikgu Rozzi?
5.Modul Transisi Bahasa Arab – Muallimah Rahayu?
6.Modul Transisi Pendidikan Islam – SKKJ2?
7. Modul Transisi Tahun 1 Fasa 3 – SK Tiram Duku?

Berkaitan Program Transisi Tahun Satu

?Panduan Pelaksanaan Program Transisi 2021
?RPT Bahasa Melayu Tahun 1 Termasuk Minggu Transisi
?Kertas Kerja Program Transisi Tahun Satu
?Kit Program Transisi Tahun 1 Edisi Terkini 2022
?Lembaran Kerja Transisi Tahun 1 2022 Beserta Modul Guru
?Contoh RPH Program Transisi Tahun 1
?Contoh Jadual Program Transisi Tahun 1
?Aktiviti menarik minggu transisi tahun satu
?Lembaran kerja tema transisi ke tahun satu
?Modul Transisi Tahun 1
?Teks Pengacara Majlis Transisi Tahun Satu
?Buku Program Transisi Tahun Satu

Dr. LATIP BIN MUHAMMAD, Timbalan Pengarah Kanan BKP berkata, pandemik COVID-19 telah memberi implikasi terhadap pembelajaran murid kerana kurikulum tidak dapat disampaikan secara bersemuka kepada murid pada semua peringkat persekolahan termasuk prasekolah.

Bagimemastikan murid bersedia menghadapi pendidikan pada peringkat sekolah rendah, Program Transisi Tahun Satu 2021 dibangunkan dengan mengambil kira kandungan kurikulum prasekolah yang terkesan dan kandungan kurikulum Tahun Satu.

Program Transisi Tahun Satu 2021 dirangka dengan memberi penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah.

Program Transisi Tahun Satu 2021 ini diorganisasikan dalam tiga fasa iaitu Fasa Persediaan, Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Pelaksanaan ketiga-tiga fasa ini memerlukan usaha dan pelibatan semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa/penjaga.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!