Logo KPM Baru bermula tahun 2020 telah sedia untuk dimuat turun sekarang. Sama juga seperti logo sebelum ini, KPM menggunakan jata negara sebagai logo. Tidak ada perubahan ketara, kecuali perubahan pada susun atur tulisan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Maksud logo KPM Menggunakan jata
Jata Negara Malaysia ialah lambang Persekutuan Tanah Melayu yang terdahulunya telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.
Lambang Kerajaan Persekutuan (Jata Negara) merupakan hak mutlak Kerajaan Persekutuan. Lambang ini hanya dibenarkan untuk kegunaan Kementerian, Jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan bagi urusan-urusan rasmi.
Hal ini secara jelas termaktub dan boleh dirujuk pada Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2005 : Pemakaian Lambang Kerajaan Persekutuan.
Koleksi logo untuk kegunaan guru
Admin akan cuba kongsikan koleksi logo yang diperlukan oleh guru-guru. Untuk itu, cuba cadangkan logo yang anda cari melalui telegram @tchercollection. Kami akan kemaskini senarai logo di bawah:
- Logo Kementerian Pendidikan Malaysia terkini
- akan dikemaskini..
Muat turun logo KPM baru sekarang

Berikut merupakan tanggungjawab bersama dalam memastikan penggunaan logo adalah bagi program yang
tidak menyentuh sensitiviti dan keharmonian masyarakat.
Sensitiviti yang dimaksudkan adalah dari segi agama, kaum, budaya serta tidak bertentangan dengan peranan dan tanggungjawab KPM.
Sehubungan itu, pihak kementerian telah mengeluarkan garis panduan penggunaan logo KPM bertujuan untuk:
- Pertama, melindungi logo rasmi KPM daripada diekploitasi.
- Kedua, mewujudkan sistem kawalan yang berkesan ke atas penggunaan logo rasmi KPM.
- Ketiga memelihara nama baik, imej, kredibiliti dan reputasi KPM melalui penggunaan logo secara sah dan bersesuaian.
Buku panduan ini juga berfungsi sebagai penjelasan prosedur dan tatacara penggunaan logo rasmi KPM serta
peraturan-peraturan penggunaan logo yang ditetapkan kepada individu, NGO, syarikat dan agensi kerajaan untuk kelulusan penggunaan logo rasmi KPM.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.