Jadual Program Transisi Tahun 1 2021 : 43 Hari yang disediakan oleh Cikgu Dayang Zalina dari SK Methodist ACS, Melaka ini merupakan koleksi atau himpunan bahan-bahan program transisi bagi sesi 2021. Bahan-bahan yang dihimpunkan ini merupakan perkongsian terpilih guru-guru seluruh Malaysia.
Jadual ini bersesuaian untuk sekolah-sekolah yang terlibat dalam perintah kawalan pergerakan. Rujuk pengoperasian sekolah dalam tempoh PKP, PKPB dan PKPP. Guru-guru boleh ubah suai kandungan aktiviti mengikut kesesuaian masing-masing.
Lagu tema : Kami Murid Baru
- minus one : https://www.youtube.com/watch?v=ULENn-dEDaQ
- lirik dan vokal : https://www.youtube.com/watch?v=lwD5V3xVQYU
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Program Transisi akan membantu murid-murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal. Guru-guru akan membantu murid murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
Selain itu juga, program transisi ini diharapkan dapat memberikan motivasi dan menarik minat murid supaya berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.
Dapatkan Jadual Program Transisi Tahun 1 2021
Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan panduan pengurusan lengkap bagi majlis atau program yang berlangsung di sekolah. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.
Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan untuk manfaat bersama, sila hubungi admin @tchercollection dengan segera melalui emel atau Telegram.
Selain Jadual Program Transisi Tahun 1 2021, berikut merupakan bahan-bahan berkaitan:
Persediaan Persekitaran Kelas
Susunan fizikal kelas Tahun Satu perlu ada kesinambungan dengan ciri-ciri yang terdapat di kelas Prasekolah.
Bagi memenuhi matlamat ini, beberapa persediaan awal boleh dilakukan dalam usaha menjadikan persekitaran kelas Tahun Satu yang menarik, ceria dan memberangsangkan.
Antara persediaannya ialah seperti menentukan keperluan yang diperlukan di dalam dan di luar kelas ialah:
- Mendapatkan kerjasama dan sumbangan orang perseorangan
- Pemilihan dan susun atur perabot yang sesuai
- Menentukan lokasi kedudukan kelas yang sesuai
- Membaik pulih suasana persekitaran kelas agar lebih ceria dan menarik untuk pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Persediaan Guru-Guru Tahun 1
Kejayaan Program Transisi ini banyak bergantung pada keupayaan guru Tahun Satu melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang. Perancangan yang dijalankan termasuklah beberapa persediaan yang perlu mereka lakukan.
Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan adalah seperti memahami dengan jelas konsep dan pengertian Program Transisi, memahami kurikulum Prasekolah, memahami kemajuan murid melalui rekod perkembangan murid, memahami pendekatan pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah untuk dilaksanakan dalam Program Transisi.
Selain daripada itu, menghayati kandungan Kursus Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu, kesediaan guru menerima murid yang menghadapi masalah pembelajaran, meningkatkan kemahiran menangani masalah perbezaan murid serta mencari pelbagai pendekatan mengenai tingkah laku murid adalah antara perkara-perkara lain yang diperlukan.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.