RPH Transisi 2021 : Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Moral ini merupakan koleksi atau himpunan bahan-bahan program yang bakal berlangsung nanti. Bahan-bahan ini merupakan perkongsian terpilih guru-guru seluruh Malaysia.
Melalui program ini, murid akan dibimbing melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal. Guru-guru akan membantu murid murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
Selain itu juga, program transisi ini diharapkan dapat memberikan motivasi dan menarik minat murid supaya berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Dapatkan RPH Transisi Tahun 1
Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan panduan pengurusan lengkap bagi majlis atau program yang berlangsung di sekolah. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.
Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan untuk manfaat bersama, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.
Contoh RPH Transisi 2021 : Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Moral ini disusun dalam beberapa versi. Terima kasih kepada pengerusi majlis dari sekolah berikut yang telah berkongsi teks ini.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah kerangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan oleh guru. Sebelum merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu:
- Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam.
- Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai.
- Menentukan strategi dan kaedah pengajaran.
- Menyediakan bahan bantu belajar yang sesuai.
- Memilih alat pengurukuran atau penilaian.
RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian atau refleksi.
Dalam ketiga-tiga peringkat ini, guru perlu mengatur sesi pembelajaran dengan baik supaya isi kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan maksimum.
Berkaitan Program Transisi Tahun Satu
Buku Program merupakan salah satu dokumen yang menunjukkan sesuatu program itu telah dilaksanakan. Bahan ini hendaklah disimpan dan direkodkan oleh pihak sekolah atau pihak-pihak yang terlibat.
Selain itu, buku program juga merupakan dokumen sejarah bagi sesuatu majlis rasmi atau program yang dianjurkan oleh pihak jabatan atau sekolah.
Bahagian ini pula mengandungi koleksi buku program yang akan kami kongsi sekiranya terdapat sumbangan daripada guru-guru. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan semua!
? | Contoh Buku Program Transisi Tahun Satu |
? | Buku Program Majlis Anugerah Cemerlang |
? | Buku Program Kejohanan Sukan Sekolah |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.