Biasiswa Bank Negara : Kijang Scholarship 2021 dibuka untuk lepasan SPM 2020. Bank Negara Malaysia (BNM) komited untuk memupuk bakat muda dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program biasiswa yang kami sediakan.
Penerima biasiswa kami akan mendapat pengalaman belajar terbaik di universiti teratas yang diluluskan oleh BNM. Biasiswa Kijang diberikan kepada individu yang layak untuk mengikuti kursus pra-universiti di kolej pra-universiti yang diluluskan oleh BNM.
Calon yang berminat dengan biasiswa yang ditawarkan dapat melihat syarat kelayakan dan lebih banyak maklumat mengenai permohonan dalam perkongsian di bawah.
Tarikh Permohonan Kijang Scholarship 2021
Permohonan tajaan biasiswa ini dibuka secara online sepanjang tempoh ini 11 Jun 2021 sehingga 27 Jun 2021. Para pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dalam talian sebelum atau pada tarikh tutup permohonan pada 27 Jun 2021.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan diberitahu mengenai proses penilaian. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghantar e-mel ke [email protected].
Mohon Sekarang : https://careers.bnm.gov.my/scholarship/pre-university
Syarat Permohonan Biasiswa BNM: Kijang Scholarship 2021
Syarat kelayakan penerima biasiswa mesti memenuhi syarat yang ditetapkan oleh BNM. Penerima biasiswa perlulah meneliti dan memenuhi syarat-syarat berikut sebelum memohon:
- Keputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2021.
Senarai Prauniversiti yang Diluluskan BNM
Berikut adalah senarai kolej prauniversiti yang diluluskan oleh BNM untuk menerima Biasiswa Kijang:
- Nexus International School Malaysia
- Sunway College (Bandar Sunway campus)
- Sunway College (Johor Bahru campus)
- Kolej Tuanku Ja’afar
- EPSOM College in Malaysia
- Taylor’s College
- Kolej Yayasan UEM
Melalui tawaran biasiswa ini, pemohon bakal mendapat pembiayaan Yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan.
Senarai Biasiswa Terkini Untuk Lepasan SPM
Admin kongsikan informasi buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang sedang mencari biasiswa atau dana untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Admin akan membantu anda menyenaraikan biasiswa terkini untuk tahun 2021 yang masih menerima permohonan.
Boleh melihat senarai biasiswa terkini untuk lepasan SPM dan cara memohon dan membuat semakan di bahagian di bawah:
1. | Permohonan Biasiswa JPA Mara (PKJM) 2021 |
2. | Biasiswa Bank Negara : Kijang Scholarship 2021 |
3. | Permohonan Biasiswa Shell Malaysia 2021 |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.