Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM telah dirangka oleh pihak KPM untuk mengumpulkan maklumat secara dalam talian mengenai setiap murid di semua sekolah di Malaysia. Aplikasi ini sangat berguna untuk guru-guru untuk mengemaskini maklumat murid, mencatat kehadiran, dan mendapatkan maklumat peribadi dengan pantas.
Akses APDM ini meliputi semua peringkat, iaitu peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Modul pengurusan murid akan diakses oleh guru kelas oleh pengetua atau guru besar untuk mengemaskini data kehadiran dalam talian dan data berkaitan murid lain.
Pengenalan APDM
Sistem ini adalah aplikasi dalam talian yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan boleh dijadikan asas untuk mengisi dan menyimpan maklumat penting mengenai murid. Antara peranan dan fungsi pangkalan data ini adalah untuk:-
- Digunakan untuk mencatat maklumat kehadiran (e-kehadiran murid) ke sekolah. Di samping itu, ia dapat memaparkan laporan kehadiran pelajar dengan tepat setiap bulan atau secara tahunan.
- Menyimpan maklumat yang perlu diisi merangkumi nama penuh, nombor MyKid, kewarganegaraan, bangsa, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima, dll.
- Mengandungi maklumat penjaga, seperti nama penuh, status, hubungan dengan murid, pekerjaan, pendapatan, dll.
- Mempermudahkan pengurusan. Guru boleh log masuk terus ke sistem dan mengeksport data dan maklumat murid dengan cepat.
Cara Eksport Data SPDM
Kami kongsikan juga secara ringkas tentang tatacara memuat turun data murid sekolah dalam format Excel (.xlsx). Ikuti langka-langkah berikut:-
- Layari pautan berikut https://apdm.moe.gov.my/ [KLIK PAUTAN]
- Log In ke dalam sistem dengan menggunakan ID Pengguna, Kata Laluan dan pilih HANTAR.
- Kemudian, pilih Data Murid. Data yang dimuat turun akan mengikut pilihan tingkatan atau tahun yang dipilih.
- Klik Muat Turun Excel di penjuru kanan (bahagian atas skrin) untuk simpan data ke komputer untuk memudahkan akses secara offline.
Cara Login APDM KPM
Berikut adalah prosedur masuk untuk portal APDM rasmi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya anda ingin mengemas kini maklumat dan menyelesaikan semua kerja yang berkaitan dengannya, ikuti langkah-langkah yang diberikan di bawah:-
- Klik pautan berikut https://apdm.moe.gov.my/ [KLIK PAUTAN]
- Cari paparan baharian Log Masuk Pengguna pada bahagian kiri portal.
- Masukkan ID pengguna dan juga kata laluan yang telah ditetapkan.
- Kemudian, klik butang Hantar.
Senarai Maklumat Yang Perlu Dikemaskini
Di bawah ini kami kongsikan senarai maklumat yang terkandung dalam aplikasi ini. Ia menjadikan APDM sebagai pusat pangkalan data penting dalam sistem pengurusan guru.
- Maklumat Adik Beradik
- Ralat Maklumat Murid
- Data Murid, Bapa, Ibu
- Maklumat Penjaga Utama dan Penjaga Kedua
- Maklumat Bukan Warganegara dan Warga Tanpa Dokumen
Pengemaskinian data murid sangat penting bagi guru guru kelas. Ini kerana ia akan mempengaruhi kelayakan murid untuk mendapatkan bantuan pada masa hadapan seperti bantuan JKM dan biasiswa atau bantuan kerajaan.Oleh itu, guru perlu memastikan bahawa data yang dikemas kini adalah maklumat yang terkini dan tepat.
Kemaskini APDM Kehadiran Murid
Guru yang diberi pernanan untuk mengemaskini kehadiran ini bertanggungjawab untuk mengisi kehadiran murid pada setiap hari. Data hendaklah diuruskan sebelum jam 9.00 pagi untuk memudahkan pihak jabatan menganalisis dan mengambil tindakan sekiranya wujud kes ponteng.
Di sini, kami kongsi secara khusus berkongsi cara log masuk ke APDM untuk guru isi kehadiran murid:-
- Klik pautan berikut https://apdm.moe.gov.my/ [KLIK PAUTAN]
- Cari paparan baharian Log Masuk Pengguna pada bahagian kiri portal.
- Masukkan ID pengguna dan juga kata laluan yang telah ditetapkan.
- Kemudian, klik butang Hantar.
- Lihat Modul di sebelah kiri paparan dan klik modul Kehadiran.
- Pilih darjah atau tingkatan yang betul, paparan nama murid akan dipaparkan.
- Guru boleh rekodkan kehadiran murid pada tarikh yang dipilih.
- Kehadiran ini perlu disahkan setiap kali hujung bulan.
- Setelah membuat pengesahan kehadiran bulanan, cetak dan serahkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPKHEM).
Berikut merupakan tanggungjawab guru yang bertanggungjawab menguruskan data dan maklumat dalam sistem APDM:
- Pastikan nama, kewarganegaraan, bangsa, agama, dan jantina murid tepat seperti yang terdapat dalam dokumen yang disahkan oleh pihak JPN (paling utama adalah murid Tahun 5, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 yang akan menghadapi dan mendaftar peperiksaan awam);
- Meneliti maklumat Penjaga Utama dan Penjaga Kedua, termasuk alamat rumah, maklumat pekerjaan dan pendapatan, nombor telefon, serta maklumat majikan ; dan
- Mengisi maklumat terkini bayaran fi dan surat kebenaran untuk belajar bagi murid bukan warganegara.
- Menyemak dan pastikan maklumat kelas adalah yang terkini mengikut aliran dan bidang seperti yang telah diluluskan melalui Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan;
- Setelah sistem menyelesaikan proses pemindahan secara automatik, pindahkan murid mengikut kelas sebenar dalam APDM;
- Melaksanakan penetapan kelas bagi murid Tahun 1 menggunakan (e-Daftar Rendah). Bagi murid Tingkatan 1 pula melalui e-Daftar Menengah ke kelas yang ditetapkan. (Sebaiknya selesai pada hari pertama sekolah supaya rekod kehadiran murid dapat diuruskan dengan lebih lancar);
- Setelah sekolah menentukan kelas, pastikan bilangan murid yang mendaftar di setiap kelas adalah tepat;
- Melakukan penetapan subjek dan program Dual Language Programme (DLP) bagi guru dan murid.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.