Lembaran Kerja Transisi Tahun 1 2021 dan Modul Guru ini merupakan koleksi atau himpunan bahan-bahan program yang bakal berlangsung nanti. Bahan-bahan ini merupakan perkongsian terpilih guru-guru seluruh Malaysia. Terima kasih kepada guru-guru khususnya Cikgu Sakiah Kamat penyelaras Program Transisi Tahun 1 SK Taman Tasik Jaya.
Melalui program ini, murid akan dibimbing melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal. Guru-guru akan membantu murid murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
Selain itu juga, program transisi ini diharapkan dapat memberikan motivasi dan menarik minat murid supaya berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Tema dan Subtema Transisi 2021
- SAYA SIHAT SAYA SELAMAT
- Kita Jaga Kita
- Makanan Pilihanku
- Katakan “TIDAK”
- MARI FIKIRKAN
- Ringgit Malaysia
- Siapa Paling Tinggi
- Tik Tok Tik Tok
- DETEKTIF ALAM
- Misteri Cuaca
- Misteri Alam Rimba
- Misteri di Taman
- HIDUP BERSAMA
- Kita Raikan
- Selamat Hari Lahir
- Jaga Persekitaran Kita
- Kita Guna Kita Jaga
Dapatkan Lembaran Kerja Transisi Tahun 1
Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan panduan pengurusan lengkap bagi majlis atau program yang berlangsung di sekolah. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.
Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan untuk manfaat bersama, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.
Lembaran Kerja ini merupakan bahan yang dibangunkan oleh Cikgu Sakiah Kamat penyelaras Program Transisi Tahun 1 SK Taman Tasik Jaya. Ubah mengikut kesesuaian masing-masing.
Bil | Kredit Perkongsian | Muat Turun |
---|---|---|
1. | Lembaran Kerja Transisi Tahun 1 2021 | ? |
2. | Modul Guru Fasa 1 – Fasa 3 Transisi 2021 (pdf) | ? |
3. | Modul Guru Fasa 1 – Fasa 3 Transisi 2021 (doc) | ? |
Berkaitan Program Transisi Tahun Satu
Buku Program merupakan salah satu dokumen yang menunjukkan sesuatu program itu telah dilaksanakan. Bahan ini hendaklah disimpan dan direkodkan oleh pihak sekolah atau pihak-pihak yang terlibat.
Selain itu, buku program juga merupakan dokumen sejarah bagi sesuatu majlis rasmi atau program yang dianjurkan oleh pihak jabatan atau sekolah.
Bahagian ini pula mengandungi koleksi buku program yang akan kami kongsi sekiranya terdapat sumbangan daripada guru-guru. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan semua!
? | Contoh Buku Program Transisi Tahun Satu |
? | Buku Program Majlis Anugerah Cemerlang |
? | Buku Program Kejohanan Sukan Sekolah |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.