RPT RBT Tingkatan 1 2021 : KSSM Terkini

RPT RBT Tingkatan 1 2021 ini merupakan bahan pembelajaran perkongsian Cikgu Rusni binti Khamis. Bahan ini boleh dimanfaatkan oleh guru-guru sebagai persediaan memulakan pengajaran.

Melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM, murid akan dibentuk untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik. Selain itum murid ini akan mampu menjana idea untuk menghasilkan produk baharu.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjadikan murid sebagai pereka bentuk yang membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan keusahawanan.

Pecahan RPT RBT Tingkatan 1 2021

Rancangan Pengajaran Tahunan. (RPT) ini lengkap mengikut keseluruhan topik dan silibus. Kurikulum RBT dalam KSSM memberi fokus kepada empat domain utama.

Murid akan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti reka bentuk dan penghasilan produk.

  1. Apresiasi Reka Bentuk
    • Mensyukuri dan menghayati sesuatu reka bentuk di sekeliling untuk tujuan penambahbaikan reka bentuk atau membuat reka bentuk baharu yang lebih baik, murah dan cekap.
  2. Aplikasi Teknologi
    • Mempelajari dan mengaplikasikan teknologi dalam reka bentuk yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.
  3. Pembuatan Produk
    • Penghasilan reka bentuk dan produk yang lebih efisien yang melibatkan proses reka bentuk.
  4. Penilaian Reka Bentuk Produk
    • Menekankan nilai-nilai murni dalam pembelajaran bagi memastikan produk dapat menyelesaikan masalah individu dan masyarakat di samping berdaya saing.

Dapatkan RPT RBT Tingkatan 1 2021

Memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, sudah tentu persediaan telah bermula dari sekarang. Pastinya ramai guru yang akan menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) masing-masing. Muat turun RPT melalui pautan ini:

?RPT Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 2021
?RPT Tingkatan 1 Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2
?RPT 2021 Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

Koleksi Kuiz dan Latihan RBT

Pelaksanaan Kurikulum Abad Ke-21

KSSM RBT memberi penekanan kepada pembentukan individu berperwatakan mulia yang mampu membuat keputusan dan tindakan dengan bertanggungjawab.

Dengan memiliki kemahiran ini, murid akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran pada masa hadapan. Beikut merupakan kemahiran murid yang diharapkan:

  1. Berdaya tahan dan mampu mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.
  2. Mahir Berkomunikasi; Menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
  3. Mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif, mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika.
  4. Boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan setiap ahli pasukan.
  5. Berupaya membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baharu.
  6. Berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka.
  7. Bijak mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan.
  8. Murid penyayang; menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain.
  9. Bersikap patriotik; mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

Koleksi Kuiz dan Latihan Tingkatan 1

Insha-Allah admin akan kumpulkan koleksi kuiz dan latihan untuk kegunaan murid-murid tingkatan satu di sini. Sekiranya ada guru ingin berkongsi, mohon hubungi admin di telegram @tchercollection.

?Kuiz dan latihan Geografi
?Kuiz dan Latihan Matematik
?Kuiz dan Latihan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
? Nota Sains Tingkatan 1 dalam Bentuk Grafik

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!