Latihan Geografi Tingkatan 1 Bahan Ulangkaji Terbaik

Latihan Geografi Tingkatan 1 ini lengkap dengan 13 bab soalan kuiz. Perkongsian bahan pembelajaran Cikgu Lida Hasim ini boleh dimanfaatkan oleh murid-murid tingkatan 1, 2 dan 3 sebagai ulangkaji.

Semasa berada di tingkatan 1, murid-murid akan menjalasi proses pembelajaran menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Melalui kurikulum ini, murid akan diberikan pendedahan kepada penguasaan ilmu tentang bentuk dan ciri reruang serta persekitaran. Menerusi fokus kurikulum ini, diharapkan murid dapat bersikap positif terhadap kelestarian alam sekitar.

Pecahan Latihan Geografi Tingkatan 1

Kurikulum Geografi dalam KSSM merupakan jalinan kemahiran, pengetahuan dan nilai untuk melestarikan alam sekitar. Kandungan pembelajaran terbahagi kepada lima bahagian berikut:

  • Kemahiran Geografi
  • Geografi fizikal
  • Geografi Manusia
  • Isu dan pengurusan alam sekitar
  • Kawasan Geografi

Set Lengkap Latihan Geografi Tingkatan 1

Set Ulangkaji Lengkap Geografi Tingkatan 1 ini merupakan kuiz online yang disediakan menggunakan Google Form. Guru-guru dan murid-murid dapat menggunakan bahan ini sebagai bahan ulangkaji.

Pelaksanaan Kurikulum Abad Ke-21

KSSM Geografi memberi penekanan kepada pembentukan individu berperwatakan mulia yang mampu membuat keputusan dan tindakan dengan bertanggungjawab.

Dengan memiliki Kemahiran Abad Ke-21, murid akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran pada masa hadapan. Beikut merupakan kemahiran murid yang diharapkan:

  1. Berdaya tahan dan mampu mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.
  2. Mahir Berkomunikasi dan menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
  3. Mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif, mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika.
  4. Boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan setiap ahli pasukan.
  5. Berupaya membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baharu.
  6. Berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka.
  7. Bijak mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan.
  8. Murid penyayang; menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain.
  9. Bersikap patriotik; mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

Koleksi Kuiz dan Latihan Tingkatan 1

Insha-Allah admin akan kumpulkan koleksi kuiz dan latihan untuk kegunaan murid-murid tingkatan satu di sini. Sekiranya ada guru ingin berkongsi, mohon hubungi admin di telegram @tchercollection.

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Perkongsian ini pastinya dapat membantu memberikan manfaat buat ramai yang datang ke sini.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

3 thoughts on “Latihan Geografi Tingkatan 1 Bahan Ulangkaji Terbaik”

Leave a Comment

error: Content is protected !!