TS25 Modul 3 : Menerajui Pembelajaran menekankan elemen-elemen penting yang berkaitan dengan kaedah pengajaran guru, yang dapat mendorong perkembangan pelajar. Modul ini memberi tumpuan kepada:
- Amalan dan kaedah pengajaran pada abad ke-21 (PAK21)
- Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
- Penguasaan kemahiran berfikir lanjutan
- Penggunaan pelbagai kaedah pembelajaran
- Penilaian berterusan pengajaran berkesan
- Kaedah untuk menyediakan rancangan pengajaran harian .
Modul ini juga mendorong para peserta membuat pemetaan antara Gelombang Kedua Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) dan PAK21. Proses ini akan mendedahkan peserta dengan rancangan transformasi sekolah berkaitan dengan kurikulum yang ada di sekolah.
Semua faktor ini mesti dipertimbangkan semasa sesi latihan berlangsung untuk mengembangkan rancangan pengajaran harian yang berkesan.
Latar belakang program TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.
Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.
TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.
Tugasan pelaksanaan TS25 Modul 3
Terdapat tugasan yang perlu dilengkapkan oleh peserta. Tugasan-tugasan berikut antaranya ialah:
- Menjalankan analisis keperluan tentang amalan PAK21.
- Menjalankan sesi CPD PAK21
- Menyediakan elemen elemen dan persekitaran pembelajaran PAK21
- Menjalankan analisis keperluan tentang Rancangan Pengajaran Harian
- Menjalankan sesi CPD Rancangan Pengajaran Harian
- Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian yang merangkumi:
- Pembinaan dan penggunaan alatan pembelajaran dalam talian
- Penerapan Elemen KBAT
- Elemen Gaya Pembelajaran
- Elemen Pentaksiran
Kandungan TS25 : Modul 3
- 3.0) Pengenalan Modul 3
- 3.1) Guru Sebagai Perancang
- 3.2) PAK 21 dan Standard 4 SKPMG2
- 3.3) PAK 21 dan Digital Tools
- 3.4) Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
- 3.5) Pelbagai Gaya Pembelajaran
- 3.6) Pentaksira dan KBAT
- 3.7) Rancangan Pengajaran Harian
Secara kesimpulannya, Modul 3 mempersiapkan peserta untuk menghadapi pelajar di dalam kelas setelah mendapat nasihat mengenai kepimpinan dan pengurusan sekolah dalam Modul 1 dan 2.
Koleksi slaid TS25 modul lengkap
MODUL 1 Coaching dan Pementoran | MODUL 5 Penilaian dan Refleksi |
MODUL 2 Menerajui Kepimpinan | MODUL 6 Kefahaman Melalui Rekabentuk |
MODUL 3 Menerajui Pembelajaran | MODUL 7 Digital Tools & Resources |
MODUL 4 Persekitaran Pembelajaran Bermakna | MODUL 8 Redesigning SLE |
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.