Tarikh Bayaran Pencen 2021 : JPA

Tarikh Bayaran Pencen 2021 : JPA ini merujuk kepada Surat Perkhidmatan Awam JPA 800-1/6/3 (16). Surat ini menjelaskan tentang Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan Bagi Tahun 2021. Admin kongsikan juga beberapa maklumat dan tarikh penting untuk pesara dan penjawat awam.

  • Pencen bulan Disember 2020 telah dikreditkan lebih awal; pada 16 Disember 2020.
  • Pencen pada bulan Januari 2021 akan dikreditkan pada 21 januari 2021 beserta kenaikan 2%.
  • Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 akan dibayar pada 25 Januari 2021 sama seperti tarikh penerimaan penjawat awam.

Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2021

Sila rujuk jadual pembayaran pencen di bawah untuk membantu pesara mengetahui tarikh penerimaan pencen bagi bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember.

BULANTARIKHHARICATATAN
JANUARI21.01.2021KHAMISThaipusam 28 Januari 2021 (Khamis)
FEBRUARI08.02.2021ISNINTahun Baru Cina 12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu)
MAC15.03.2021ISNIN 
APRIL20.04.2021SELASA 
MEI05.05.2021RABUHari Raya Puasa 13 & 14 Mei 2021 (Khamis &Jumaat) Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin)
JUN10.06.2021KHAMISHari Gawai 01 & 02 Jun 2021 (Selasa & Rabu)
JULAI12.07.2021ISNINHari Raya Haji 20& 21 Julai 2021 (Selasa & Rabu)
OGOS18.08.2021RABU 
SEPTEMBER21.09.2021SELASA 
OKTOBER21.10.2021KHAMIS 
NOVEMBER18.11.2021KHAMIS 
DISEMBER16.12.2021KHAMIS 
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Baca juga: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2021

Rezeki bukan sekadar wang ringgit

Perlu juga ulang-ulang diingat bahawa rezeki Allah bukan hanya kekayaan atau wang ringgit, tetapi juga pengetahuan, kedamaian, anak-anak soleh solehah dan keluarga bahagia.

Kita boleh lihat dengan mata kasar dalam kehidupan seharian tanda-tanda keberkatan rezeki. Berikut merupakan beberapa tanda keberkatan rezeki:

  1. Iman kian kuat dan hati yang semakin dekat dengan Allah.
  2. Hati yang semakin rasa tenang dan tenteram.
  3. terdorong menjadi insan yang pemurah.
  4. Dijauhkan daripada bala Allah.
  5. Dapat membentuk keluarga yang harmoni.
  6. Melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  7. Sentiasa Qanaah; merasa cukup dan bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah.

Bayaran pencen melalui Skim B (pesara perlu hadir ke bank untuk membuat tuntutan pencen boleh ditukar kepada Skim A Berwakil (Pengkreditan terus ke akaun bank pesara). Borang Permohonan Pelantikan Wakim Skim A (JPA.BP.SKP.B08) diperlukan untuk proses ini. Hantarkan dokumen yang telah lengkap ke Bahagian Pasca Pencen beserta dokumen sokongan.

Bagi pesara yang berhasrat untuk mendapatkan penyata pencen, anda boleh mencetak dokumen tersebut melalui pautan ini [di sini] dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun pencen. Penjawat awam yang berkhidmat boleh mendapatkan jadual pembayaran gaji bagi tahun 2021 di pautan ini [di sini].

Maklumat lanjut mengenai Tarikh Bayaran Pencen 2021

Pertanyaan lanjut mengenai pembayaran pencen ini boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!