Tarikh Baharu PKSK Tingkatan 1 dan 4 ini dikongsikan setelah berlakunya penangguhan pelaksanaan pada tarikh sebelumnya. Maklumat ini dihebahkan oleh KPM melalui surat siaran terkini bertarikh 21 Disember 2020.
Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke
sekolah-sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Semak Tarikh Baharu PKSK Tingkatan 1 dan 4
Adalah dimaklumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang telah ditangguhkan sebelum ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan seluruh negara telah dijadualkan semula pelaksanaannya pada ketetapan seperti berikut :
- Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 8 Januari 2021 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
- Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 8 Januari 2021 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my
Pesediaan Calon PKSK Tingkatan 1 dan 4
Semua calon PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang belum menduduki pentaksiran ini dimohon untuk membuat semakan semula pusat PKSK seperti ketetapan yang dinyatakan dan membuat cetakan slip menduduki PKSK serta mematuhi ketetapan tarikh, masa, sesi dan tempat pentaksiran yang telah ditetapkan.
Sebarang masalah berkaitan dengan perkara di atas, boleh berhubung dengan nombor- nombor berkaitan untuk maklumat lanjut.
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-83217400
- Bahagian Pendidikan Islam : 03-83217200
- Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-88845154
- Maktab Tentera Diraja : 03-89465562
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.