Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengimpikan semua anak buahnya mempunyai disiplin tinggi seperti seorang guru yang sentiasa dihormati dan disayangi.
Beliau menegaskan, disiplin diri adalah kunci utama setiap pegawai dan anggota polis sentiasa disegani dan disanjung tinggi masyarakat.
Keseluruhan guru tidak buat kerja tidak elok
“Secara keseluruhan, seseorang guru ini tidak buat kerja tidak elok. Dia tak melepak minun teh apabila habis kerja sehingga dilihat sebagai satu co-toh kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat di sekelilingnya.
Saya benar-benar inginkan dan dambakan setiap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini disanjung seperti masyarakat menghormati dan menyanjungi seseorang guru.
“Saya benar-benar inginkan dan dambakan setiap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini disanjung sama seperti masyarakat menghormati dan menyanjungi seseorang guru,” katanya dalam sesi wawan-cara khas di Bukit Aman, semalam.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Elakkan buang masa tanpa sebab
Abdul Hamid berkata, antara perkara perlu dielakkan oleh mana-mana anggota polis adalah membuang masa tanpa sebab, melepak di kedai makan dan restoran apabila selesai kerja atau sesuatu operasi yang dijalankan.
Sepatutnya apabila habis kerja, mereka harus pulang ke rumah, sama ada meluangkan masa bersama keluarga atau berehat. Bukan membuang masa dengan melakukan perkara negatif seperti berhibur di pusat hiburan dan kelab karaoke.
Buang masa akan menimbulkan rasa kurang hormat
“Apabila segelintir yang gemar membuang masa di luar ini dengan aktiviti berfaedah, ia akan menimbulkan rasa kurang hormat masyarakat terhadap polis,” katanya.
Katanya, beliau ingin mengembalikan semula kegemilangan satu masa dahulu, di mana setiap pegawai dan anggota disanjung dan dipandang tinggi.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.
Sumber: Keratan akhbar Berita Harian, 31 Disember 2020.