RPT Muzik Tahun 5 2021 : KSSR Semakan ini adalah perkongsian oleh Rozayus Academy yang membantu guru-guru membuat perancangan pembelajaran untuk tahun 2021.
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan EMPAT modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut;
- Modul Pengalaman Muzikal (60%)
- Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Murid berpeluang untuk memainkan rekorder sebagai alat muzik berpic.
- Modul Penghasilan Muzik (20%)
- Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzik yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
- Modul Apresiasi Muzik (10%)
- Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan kepada muzik daripada pelbagai budaya.
- Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10%)
- Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik dalam permainan alat muzik.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Kandungan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap dari segi susunannya. Tertib ini bertujuan untuk memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Guru boleh memulakan pengajaran tanpa terikat dengan susunan modul.
Guru juga boleh menggabung jalin kandungan antara modul. Setiap modul kurikulum mengandungi tiga lajur utama iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran Muzik
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzik.
Berkaitan RPT Muzik Tahun 5:
Sekiranya guru-guru adalah ketua panitia atau guru Muzik yang mengajar lebih daripada satu aliran, boleh muat turun menggunakan pautan dalam jadual yang disediakan.
Muat turun RPT Muzik Tahun 5 2021
Memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, sudah tentu persediaan telah bermula dari sekarang. Pastinya ramai guru yang akan menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) masing-masing. Muat turun RPT melalui pautan ini:
Koleksi RPT tahun 5 bagi tahun 2021
Admin insha-Allah akan mengumpulkan RPT-RPT lengkap bagi setiap subjek. Koleksi RPT ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.
Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi RPT yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.
Koleksi RPT Tahun 5 pelbagai subjek ini mungkin boleh membantu:
►
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah asas PdPc. Ini adalah panduan berstruktur untuk guru memastikan pembelajaran berlaku dengan lancar. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) 3/99, RPH adalah terjemahan dari rancangan pengajaran tahunan (RPT).
Maka, marilah sama-sama kita membuat perancangan yang baik untuk memastikan isi pembelajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.