Permohonan Residensi Prihatin: Miliki Rumah di Kuala Lumpur & Putrajaya

Permohonan Residensi Prihatin untuk penduduk di Kuala Lumpur & Putrajaya merupakan bantuan dan inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.

Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengumumkan akan membina 40,000 unit rumah mampu milik dikenali sebagai Residensi Prihatin di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi membantu rakyat. Permohonan telah pun dibuka sejak 23 Februari 2021

Residensi Prihatin merupakan program Perumahan Mampu Milik dalam kategori kos sederhana rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Projek diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah di Wilayah Persekutuan. Pada masa ini, pelaksanaan pembangunan Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan memberikan fokus bagi kategori kos sederhana melalui Residensi Wilayah (RW) untuk golongan berpendapatan sederhana.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Program baharu Residensi Prihatin ini, merupakan pelengkap kepada program sedia ada dalam usaha Kerajaan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.

Syarat Kelayakan Permohonan Residensi Prihatin

Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa keutamaan akan diberikan kepada penjawat awam, pembeli rumah pertama yang belum memiliki rumah, terutama pekerja barisan hadapan (frontliners) yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan, dan penduduk di sekitarnya seperti Bangi dan Cyberjaya.

  • Warganegara Malaysia. Berumur 18 tahun ke atas.
  • Permohonan rumah pertama sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
  • Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin.
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun.

Cara Mohon Residensi Prihatin

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://residensiprihatin.kwp.gov.my. Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel. Sediakan dokumen:

  • Surat Akuan Sumpah.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) dan Sijil Kelahiran Pemohon bagi Projek Bumiputera Lot /Tanah Rizab Melayu sahaja.
  • 3 bulan Penyata Gaji Terkini Pemohon atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  • Penyata KWSP Terkini Pemohon dan sejarah pengeluaran (Wajib jika gaji ada potongan KWSP) atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
  • Surat Pengesahan Majikan Terkini Pemohon atau atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
  • Bil Elektrik Terkini dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti alamat kediaman.
  • Salinan Kad OKU Pemohon (jika berkaitan).
  • Salinan Geran / Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) Harta yang dimiliki (pemohon dan/atau pasangan) (jika berkaitan).

Pasangan:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan.
  • Penyata KWSP Terkini Pasangan dan sejarah pengeluaran (Wajib jika gaji ada potongan KWSP) atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP.
  • 3 bulan Penyata Gaji Terkini Pasangan atau penyata bank 3 bulan terkmi bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  • Surat Pengesahan Majikan Terkini Pasangan atau surat akuan sumpah sekiranya suami tidak bekerja atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika me m punya i syarikat).
  • Sijil Kelahiran / MyKid Anak.
  • Salinan Kad OKU Pasangan / Anak (jika berkaitan).
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian.
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki pasangan / geran (jika berkaitan).

Penama Kedua (Selain pasangan)

  • Salinan Surat Kelahiran Pemohon dan Penama Kedua (Bagi Ibu/Bapa/Adik-Beradik).
  • Salinan Surat Kelahiran Penama Kedua.
  • Salinan Kad Pengenalan Penama Kedua.
  • 3 bulan Penyata Gaji Terkini Penama Kedua atau penyata bank 3 bulan terkini bagi Penama Kedua tiada slip gaji atau tidak bekerja.

Tempoh sah laku permohonan adalah 12 bulan dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!