Permohonan HLP Ambilan 2021 kini dibuka. Guru-guru yang berminat untuk menyambung pengajian boleh membuat permohonan bermula 18 Disember 2020 untuk sesi pengajian ambilan 2021.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran-tawaran berikut akan dibuka mulai 18 Disember 2020 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 15 Januari 2021 (Jumaat), jam 5.00 petang. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia dialu-alukan memohon
- Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
- Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)
- Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
Borang Permohonan HLP 2021
klik: https://epenawaran.moe.gov.my
Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, permohonan TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
Kemaskini Modul Operasi Data Guru (eOperasi)
Pemohon dikehendaki mengemas kini Modul Operasi Data Guru (eOperasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang bertugas di sekolah kerana maklumat dalam sistem ePenawaran ini diintegrasikan dengan Modul Operasi Data Guru (eOperasi) tersebut.
Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemas kini sewaktu permohonan, perubahan dan pengemaskinian perlu dibuat melalui sistem eOperasi atau sistem ePenawaran tersebut.
Isi borang permohonan lebih awal
Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
Syarat Permohonan HLP Ambilan 2021
Maklumat dan pertanyaan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan panduan penggunaan sistem ePenawaran, boleh menghubungi urusetia berikut :
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
- (u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)
- No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 6375 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369 / 03-8870 6000 samb. 4416 / 4950
- Faks : 03-8870 6839
- E-mel : [email protected]
Pertanyaan / masalah teknikal borang permohonan :
- E-mel : [email protected]
- (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal borang permohonan yang dihadapi)
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.