Penjajaran Kurikulum 2.0 : Panduan 2021 ini dikongsikan sebagai persediaan dalam menghadapi sesi persekolahan 2021.
Penjajaran kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan.
Objektif pelaksanaan penjajaran kurikulum 2.0
- Mengklusterkan kandungan kurikulum yang diperlukan oleh murid untuk meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya.
- Memberi peluang kepada guru dan murid untuk melaksanakan PdP kurikulum yang terkesan akibat bencana.
- Menyediakan dokumen yang dijajarkan sebagai panduan utama guru untuk melaksanakan PdP khususnya semasa bencana.
- Menyediakan panduan dan maklumat kepada guru untuk merancang pelaksanaan PdP serta menyesuaikannya dengan keperluan semasa mata pelajaran.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Melalui penjajaran Kurikulum 2.0, Kurikulum 2020 yang tidak dapat dilaksanakan/ dikuasai perlu diajarkan terlebih dahulu, sekurang-kurangnya sehingga April 2021. Setelah itu, kurikulum 2021 akan dimulakan menggunakan penjajaran 2.0.
Jangka masa ini juga boleh diubah suai oleh guru mengikut kesesuaian atau keadaan masing-masing.
Perbezaan Penjajaran Kurikulum 2.0
Bil | Penjajaran Kurikulum 1.0 (2020) | Penjajaran Kurikulum 2.0 (2021) |
1 | Kandungan kurikulum yang terkesan akibat PKP (Mac โ Dis). | Melengkapkan penjajaran kurikulum dengan mengambil 30% kandungan yang tidak dimasukkan dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0. |
2 | Peruntukan masa minimum yang disesuaikan dengan keperluan mata pelajaran. | Peruntukan Minimum Jam Setahun berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuat kuasa. |
3 | Dokumen Penjajaran Kurikulum bagi Tingkatan 5 tidak disediakan. | Dokumen Penjajaran Kurikulum bagi Tingkatan 5 disediakan. |
4 | Melibatkan semua tahap persekolahan kecuali Tingkatan 5 (Prasekolah โTingkatan 4). | Melibatkan semua Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga 5 (Prasekolah dan Peralihan tidak dilibatkan kerana tidak terkesan di tahun sebelum). |
5 | Pelaksanaan Dokumen Penjajaran Kurikulum boleh terus digunakan kerana situasi dan senario yang sama seluruh negara | Pelaksanaan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 perlu diselaraskan di peringkat sekolah |
Panduan pengurusan di sekolah
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Memaklumkan kandungan Surat Makluman Pelaksanaan Kurikulum Pembukaan Semula Sekolah kepada guru. Memuat turun dokumen penjajaran kurikulum dan kit pelaksanaan kurikulum dari portal rasmi BPK di http://bpk.moe.gov.my/
Merangka jadual waktu persekolahan berdasarkan peruntukan jam minimum.
PANITIA MATA PELAJARAN
Mengesan dan mengenal pasti tahap penguasaan murid pembelajaran yang lalu. Mengadakan perbincangan dalam panitia untuk mengenal pasti kandungan kurikulum mata pelajaran yang terkesan dan merancang intervensi berdasarkan asas pertimbangan berikut:
- kandungan yang tidak sempat dilaksanakan
- keterlibatan PdPR murid yang sangat rendah dan/atau
- Tahap penguasaan murid yang rendah
Merancang pelaksanaan kurikulum menggunakan kurikulum yang dijajarkan dan membuat Rancangan Pengajaran Tahunan.
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Menjalankan pemantauan berstruktur secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan PdP dan pentaksiran dilaksanakan seperti yang dirancang.
Membuat penambahbaikan dan meningkatkan mutu PdP dan PdPR.
Memberi panduan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah PdP dan penyediaan bahan pembelajaran bersesuaian.
Muat turun Panduan Pelaksanaan Kurikulum 2021
Memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, sudah tentu persediaan telah bermula dari sekarang. Pastinya ramai guru yang akan memerlukan panduan pelaksanaan kurikulum 2021. Muat turun buku panduan melalui pautan ini:
โ Versi 1 |
Himpunan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
Penjajaran kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan.
Koleksi Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 pelbagai aliran ini mungkin boleh membantu:
- Tahun 1 – Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
- Tahun 2 – Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
- Tahun 3 – Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
- Tahun 4 – Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
- Tahun 5 – Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi bahan-bahan yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.
Koleksi RPT 2021 untuk persediaan guru
Memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, sudah tentu persediaan telah bermula dari sekarang. Pastinya ramai guru yang akan menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) masing-masing. Muat turun RPT melalui pautan ini:
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.
Tahniah…suatu perkongsian yang bermanfaat. terima kasih.
Thank you, teacher. ๐
bila dokumen penjajaran kurikulum 2.0 untuk tahun 2021 bagi sekolah menengah akan dimuatnaik di laman web? terima kasih.
Terbaik perkongsian #kita Bantu kita
Terima kasih. ๐
Mohon share
Boleh cikgu, TQ! ๐
Assalamualaikum
Boleh share penjajaran pendidikan islam thn 2,5 dan 6
Waalaikumussalam. Pihak BPK belum kemaskini. Onece shared, kami inform melalui Telegram. ๐
DSKP dan RPT untuk Prasekolah Integrasi tak ada ke.
Mohon share penjajaran utk psv t. 1 hingga t. 5
Boleh sharekan sy peruntukan masa minimum penjajaran 2.0?thanks
TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS PERKONGSIAN..MOHON SHARE YA
Silakan ๐
rpt prasekolah takda ke
Hai cikgu,,, saya perlukan RPT Bahasa Melayu Tahun 4 sjkt penjajaran 2021,,,
Sekian, Terima Kasih….
SHARE TQ