Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat penerangan mengenai kaedah pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021. Ujian sesi 2020 dan 2021 akan dilaksanakan secara serentak pada tahun 2021.

UPKK mempunyai lapan subjek yang terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis. Bagi dua subjek penilaian amali iaitu Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam, penilaian telah bermula dari awal takwim persekolahan tahun 2021.

Ia berdasarkan penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengambilkira ujian bulanan dan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

Selain itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK, yang dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing.

Mata Pelajaran Al-Quran

Bagi Mata Pelajaran al-Quran ia dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 30 September 2021. Ini merangkumi:

  • Ujian Lisan Tadarus
  • Tilawah al-Quran
  • Hafazan
  • Tafsir al-Quran
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Kaedah Penilaian Subjek Bertulis

Manakala lima subjek bertulis iaitu Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab Kertas 1 & 2 dan Lughatul Quran akan dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober 2021. Sukacita dinyatakan juga, lima subjek bertulis tersebut bukan hanya peperiksaan bertulis semata-mata.

Setiap subjek yang telah dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayatan dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Malah ia tidak terikat dengan pelaksanaan peperiksaan semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada amalan fardhu ain.

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Masih Relevan

Sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan ia terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian tersebut. Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat untuk menjadikan pendidikan KAFA sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah.

JAKIM optimis dengan usaha kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 pada ketika ini. Oleh itu, dengan mengambil kira tempoh masa yang ada, pelaksanaan ujian bertulis UPKK masih mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan.

Perkara ini juga dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Jun 2021, berdasarkan ulasan/pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

JAKIM juga sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan. JAKIM dengan kerjasama semua agensi terlibat telah menyediakan pelan tindakan yang sewajarnya demi memastikan pelaksanaan UPKK tahun 2021 berjalan lancar.

Selain itu, penilaian terhadap murid juga boleh dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk dari aspek kaedah pelaksanaan UPKK. Justeru, JAKIM sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan tersebut.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!