Pelaksanaan tugas guru semasa cuti penggal persekolahan atau cuti sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik perhatian terhadap pelaksanaan peraturan seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 1977: Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Persekolahan bertarikh 6 Julai 1977.
la memperuntukkan bahawa Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan guru untuk hadir bertugas semasa cuti penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh dari cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan tersebut seperti:
- mengawas peperiksaan,
- berkursus
- mesyuarat persediaan awal tahun persekolahan
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Dalam hal tersebut, KPM masih lagi menerima rungutan dari guru-guru yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan peraturan-peraturan tersebut sehingga mendatangkan beberapa kesulitan kepada guru-guru berkenaan.
Pekeliling Tugas Guru Semasa Cuti
Pekeliling ini merujuk kepada cuti penggal persekolahan. Guru-guru boleh merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 1977: Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Persekolahan bertarikh 6 Julai 1977.
Berikut merupakan Surat Siaran KPM Bilangan 11/2017 peringatan semula mengenai surat pekeliling terdahulu:
Pengetua / Guru Besar tidak menimbulkan masalah
Sehubungan dengan itu, KPM ingin menegaskan bahawa selain tugasan yang telah ditetapkan di peringkat pusat seperti mengawas peperiksaan dan berkursus, semua pengetua/guru besar hendaklah merancang segala tugas guru di waktu cuti penggal sekolah dengan lebih awal supaya tugasan yang dirancang tersebut tidak menimbulkan masalah kepada guru-guru di bawah pentadbiran masing-masing.
Rancang tugasan dengan bijaksana
Selain itu, Pengetua/Guru Besar juga diminta menggunakan kebijaksanaan mereka dalam merancang tugasan tersebut supaya tidak menyulitkan pergerakan guru-guru berkenaan di samping mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan mereka semasa cuti penggal sekolah.
Artikel Berkaitan: Kalendar dan Takwim Cuti Persekolahan 2021
Rezeki bukan sekadar wang ringgit
Perlu juga ulang-ulang diingat bahawa rezeki Allah bukan hanya kekayaan atau wang ringgit, tetapi juga pengetahuan, kedamaian, anak-anak soleh solehah dan keluarga bahagia. Terdapat masa untuk muhasbah diri ketika diberi rehat, sama-sama kita kejar keberkatan dalam rezeki.
Kita boleh lihat dengan mata kasar dalam kehidupan seharian tanda-tanda keberkatan rezeki. Berikut merupakan beberapa tanda keberkatan rezeki:
- Iman kian kuat dan hati yang semakin dekat dengan Allah.
- Hati yang semakin rasa tenang dan tenteram.
- terdorong menjadi insan yang pemurah.
- Dijauhkan daripada bala Allah.
- Dapat membentuk keluarga yang harmoni.
- Melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
- Sentiasa Qanaah; merasa cukup dan bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.