Admin kongsikan panduan untuk guru-guru yang bertugas di Sabah/Sarawak terkandas di Semenanjung Malaysia atau sebaliknya. Perkongsian Cikgu Izzul Imran ini mungkin dapat membantu rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.
- Ini merujuk kepada perjalanan pulang ke stesen bertugas yang tidak mempunyai perhubungan jalan darat.
Terdapat juga pentadbir yang ingin mengambil tindakan seperti menolak Cuti Rehat Khas (CRK) atau Cuti Tanpa Gaji (CTG). Ini Isu GLOBAL. Bukan isu guru-guru sengaja tidak mahu pulang ke stesen bertugas.
Cadangan langkah-langkah yang boleh diambil:
Panduan guru terkandas ini mungkin boleh membantu guru-guru yang sedang buntu:
- Hubungi ketua jabatan, guru besar atau pengetua, maklumkan perkara ini. Ini isi global, bukan isu kita sengaja.
- Beritahu yang flight pertama ada pada 27 Januari dan kita akan usaha balik dalam masa terdekat.
- Jika GB atau Pengetua anda berkeras dan nak ambil tindakan tak sepatutnya, anda PM saya. Saya akan bagi jalan supaya KPM yang call GB anda.. Jangan risau tentang ugutan.
- Macam GB saya, alhamdulillah.dia suruh saya jaga diri dan keselamatan anak-anak.
- Jika anda membeli tiket sendiri, boleh chat dengan AVA dan tukar tiket pada 27 Jan dengan PERCUMA.
- jika waran kerajaan seperti saya, hanya call agen dan agen uruskan sepenuhnya.3) Jika ada transit seperti saya. KB ke KL dan KL ke Sandakan, pilih transit yang kurang 24 jam kerana kita boleh rentas ke Sabah dan Sarawak dengan keputusan Swab Test.
- Jangan pilih penerbangan yang transit lebih dari 24 jam. Nanti keputusan Swab Test tak valid.
- Sentiasa update dengan Ketua Jabatan anda tentang pergerakan anda disini kerana bermula 20 Januari, kita dah mula berkhidmat walau di alam maya.
Cikgu Izzul juga telah menghubungi secara personal individu yang bertanggungjawab menguruskan hal ini, iaitu Dr Faizulizami, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perhubungan dan Sekratariat, Kementerian Pendidikan Malaysia.
JIKA, Ketua Pentadbir masih memberi ugutan,
- Guru-guru tak perlu bertegang urat atau bergaduh dengan Ketua Jabatan jika mereka memberi ugutan untuk menolak CRK apatah lago CTG. Cikgu simpan bukti tersebut.
- Buat kronologi ringkas Cikgu pulang bercuti ke kampung halaman. Ada tarikh, ada penerangan. Masukkan juga maklumat cikgu seperti nama, ic, sekolah bertugas.
- Emailkan terus ke ([email protected])
Kepada rakan-rakan guru di Sabah. Dr baru sahaja call dengan Pengarah JPN Sabah petang tadi dan maklumkan hal ini.
Saya pun sempat memberi cadangan untuk membuat penerbangan Khas AIR ASIA untuk membawa pulang kami ke Sabah dan Sarawak oleh kerana lebih 3000 guru terkandas di kampung halaman.
KPM juga sedang menguruskan ke arah tersebut melalui saluran yang betul. Sama-sama kita doakan. Dr juga ada memberi idea untuk saya mengumpulkan guru-guru yang terkandas jni dalam satu group telegram.
Sertai Telegram
Segala info akan saya salurkan disini dari semasa ke semasa. https://t.me/joinchat/UHUrWWgGhpK7DRks
Share Kepada rakan-rakan guru yang lain supaya kita sentiasa bersedia untuk pulang ke stessen.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.