Kuiz Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3 ini disediakan oleh Cikgu Harum bin Awang, Guru Cemerlang yang kini bertugas di SMK Sultanah Asma. Beliau juga merupakan penulis https://www.munsyiharum.com.
Koleksi Kuiz Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 & 3
Guru-guru dan murid-murid boleh mendapatkan koleksi kuiz Bahasa Melayu melalui pautan berikut:
- 1. Kuiz Ejaan Kata Pinjaman (Siri 1)
- 2. Kuiz Ejaan Kata Pinjaman (Siri 2)
- 3. Kuiz Ejaan Kata Pinjaman (Siri 3)
- 4. Kuiz Ejaan Kata Pinjaman (Siri 4)
- 5. Kuiz Ejaan Kata Pinjaman (Siri 5)
Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa ini digunakan secara meluas untuk tujuan perdagangan dan hubungan diplomatik pada ketika itu.
Betapa gah bahasa Melayu ketika itu, ketika ini kita perlu bangkit memperjuangkan bahasa ini. Sebagai penutur jati bahasa Melayu, kita perlu menguasai, menjaga dan menggunakan bahasa Melayu secara meluas. Hanya penutur yang mampu memartabatkan bahasa ke tahap yang lebih tinggi.
Libatkan semua deria ketika ulangkaji
- Gunakan bahagian kiri dan kanan otak. Ini dapat direalisasikan dengan melakukan aktiviti yang merangsang kedua-dua belah otak.
- Merangsang semua deria dalam pembelajaran. Berikut merupakan hasil kajian, kita akan ingat:
- 10% apa yang dibaca
- 20% apa yang didengar
- 50% apa yang didengar dan dilihat
- 70% apa yang dicakapkan
- 90% setelah dipraktikkan
- Belajar mengikut kesesuaian masa anda sendiri (belajar mengikut jam biologi anda). Walau bagaimanapun, kita juga perlu mengetahui waktu belajar yang sesuai.
- Waktu yang sesuai ialah sebelum tidur, setelah bangun tidur, setelah mandi air panas, selepas bersantai dan selepas membaca Al-Quran / zikir dan doa.
- Buat ulangkaji secepat mungkin. Jangan lupa untuk buat nota ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji dan belajar seberapa kerap yang mungkin.
- Aplikasikan kemahiran mengingat seperti tampal nota-nota penting di dinding. Boleh juga:
- Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- Akui bahawa guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Segera bertanyakan guru apabila tidak faham.
- Cipta beberapa nota menarik, seperti membuat corak, meringkaskan isi penting, dll. Tampal maklumat yang kompleks di tempat umum.
- Susun jadual pembelajaran dengan berkesan: buat jadual belajar, ikuti jadual, dan buat jadual yang dapat diikuti.
- Elakkan aktiviti yang menculik masa, iaitu khayalan, bertanggung, gajet dan kemalasan.
- Jangan buang masa belajar ketika anda letih atau mengantuk.
- Setelah berjaya belajar atau mendapat sesuatu pencapaian, penghargaan kepada diri sendiri (contohnya, membaca surat khabar, melawat rakan atau melakukan hiburan).
- Persiapan awal akan menghasilkan permulaan yang baik dan meninggalkan kesan positif kepada guru. Lihat atau baca dua kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
- Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.