Masih Guna Papan Hitam : Negara Maju Jepun

Mungkin agak pelik, banyak bilik darjah di sekolah-sekolah di Jepun masih guna papan hitam & kapur. Bahkan pada tahun 2015, hampir 75% bilik darjah di Jepun masih menggunakan papan hitam & kapur sebagai medium pengajaran utama.

Jepun yang terkenal dengan negara yang canggih dengan kemajuan gajet dan teknologi. Tetapi mengapa masih menggunakan cara tradisional, papan hitam dan kapur?

Kenapa paling tidak, gunakan white board atau yang lebih canggih seperti smart screen?

“Bansho” atau ‘board-writing’ adalah sebenarnya teknik pengajaran Jepun yang dah diuji dan dikaji keberkesanannya dalam pengajaran sejak bertahun-tahun lamanya.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Warna hijau di papan hitam memberi kesan tenang (calming effect) pada pelajar. Keadaan ini membolehkan mereka fokus dengan lebih efektif berbanding papan yang berwarna putih.

– Sankyuu 2015

Bunyi sentuhan dan geseran kapur

Bunyi yang dihasilkan apabila kapur menyentuh papan hitam juga adalah faktor penting. Tulisan kanji Jepun yang berbentuk seperti tulisan cina (kanji) banyak menggunakan ‘stroke’ dalam satu-satu tulisan. Bunyi yang dihasilkan ni dikatakan dapat menambah daya fokus pelajar.

Bermaksud, semakin banyak stroke yang ditulis, semakin banyak bunyi yang dihasilkan. Jadi semakin tinggi daya fokus seseorang pelajar. Selain tu, mata lebih mudah melihat tulisan putih (kapur) berlatarbelakangkan warna gelap papan hitam. Ini jika dibandingkan dengan tulisan hitam di papan putih (white board).

Tulisan putih mengurangkan tekanan mata

Tulisan putih di atas papan hitam ni sendiri mampu mengurangkan tekanan pada mata. Hal ini menyebabkan murid lebih mudah untuk fokus. Tulisan putih pada latar gelap ni juga lebih mudah dilihat dari jauh dan kurang hasilkan titik buta atau “blind spots”.

Kesannya, pelajar lebih mudah faham sesuatu subjek yang diajar di dalam kelas. Sebab tu kalau tengok, Jepun memang sangat berhati-hati bila nak perkenalkan sesuatu perubahan dalam sistem pengajaran mereka.

Lakukan kajian untuk berubah

Warga Jepun percaya sesuatu perubahan tu perlukan kajian. Terdahulu, Jepun masih guna papan hitam. Kajian seterusnya ini berguna untuk lihat sejauh mana ia berkesan untuk bantu tingkatkan pemahaman pelajar dalam kelas.

Jadi tak hairanlah kalau Jepun berjaya hasilkan ramai orang pandai. Mereka juga merupakan negara Asia yang paling banyak menghasilkan Pemenang Hadiah Nobel terutama dalam bidang Fizik!

Kredit: Puan Zunita Ramli

Baca: Takwim Kokurikulum KPM 2021

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!