Kuiz Pendidikan Moral KSSR : Ujian Akhir Tahun ini merupakan perkongsian guru-guru semalaysia untuk kegunaan semua. Semoga perkongsian ini dapat memberikan kebaikan buat guru-guru dan murid-murid yang menggunakannya.
Guru-guru atau murid-murid boleh membuat pilihan kuiz dari tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Kewujudan pendidikan moral di sekolah diharapkan dapat mendidik murid menjadi manusia yang bermoral dan berakhlak mulia. Penyampaian kandungan ini menekankan aspek perkembangan penaakulan moral dan emosi moral dan perlakuan beretika.
Diharapkan agar kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkualiti tinggi. Utamakan perpaduan dan semangat cinta akan negara. Murid juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada diri sendiri dan keluarga, masyarakat dan negara.
Kuiz Pendidikan Moral KSSR Tahun 1 – 6
Berikut merupakan himpunan Kuiz Pendidikan Moral KSSR
Set Ulangkaji ini merupakan bahan yang disimpan dan dimuat turun menggunakan Google Form. Guru-guru dan murid-murid dapat menggunakan bahan ini sebagai bahan ulangkaji.
Klik Pautan Latihan / Kuiz / Ujian Di Sini
Aliran | Latihan / Kuiz / Ujian | Kredit |
---|---|---|
Tahun 1 | Download 1 | Download 2 | Cikgu Ashylani |
Tahun 2 | Download 1 | Download 2 | |
Tahun 3 | Download 1 | Download 2 | SK Taman Universiti |
Tahun 4 | Download 1 | Download 2 | Cikgu Ashylani |
Tahun 5 | Download 1 | Download 2 | |
Tahun 6 | Download 1 | Download 2 | Cikgu Ashylani |
Pelaksanaan Kurikulum Abad Ke-21
Kurikulum Standard Pendidikan Islam memberi penekanan kepada pembentukan individu berperwatakan mulia yang mampu membuat keputusan dan tindakan dengan bertanggungjawab.
Dengan memiliki kemahiran ini, murid akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran pada masa hadapan. Beikut merupakan kemahiran murid yang diharapkan:
- Berdaya tahan dan mampu mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.
- Mahir Berkomunikasi; Menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
- Mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif, mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika.
- Boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan setiap ahli pasukan.
- Berupaya membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baharu.
- Berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka.
- Bijak mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan.
- Murid penyayang; menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain.
- Bersikap patriotik; mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.
Koleksi Kuiz dan Latihan KSSR
Insha-Allah admin akan kumpulkan koleksi kuiz dan latihan untuk kegunaan murid-murid di sini. Sekiranya ada guru ingin berkongsi, mohon hubungi admin di telegram @tchercollection.
Berkongsi sesuatu yang bermanfaat
Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Perkongsian ini pastinya dapat membantu memberikan manfaat buat ramai yang datang ke sini.
Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.