Pengambilan Felo Program Teach For Malaysia Kohort 2021 kini dibuka. Program ini merupakan usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Teach For Malaysia.
Program Teach For Malaysia (TFM) adalah salah satu item yang terkandung Rancangan Malaysia Ke-10 Inisiatif ini berhasrat untuk membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Perancangan ini merupakan usahasama untuk menarik lebih banyak graduan cemerlang dari pelbagai bidang untuk memilih pendidikan sebagai cabang kerjaya dan membentuk kepemimpinan melalui pendidikan.
Info Ringkas Yayasan Teach For Malaysia
Pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama mengasas Yayasan Teach For Malaysia (YTFM). Yayasan ini merupakan sebuah organisasi bebas bukan komersil dan inisiatif sosial yang mempunyai cita-cita dan misi untuk menyokong usaha-usaha KPM bagi meningkatkan prestasi pendidikan di negara kita.
YTFM bekerjasama KPM akan mengadakan pengambilan graduan terpilih untuk ditempatkan di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara bermula Jun 2021. Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Syarat Asas Permohonan Felo Program Teach For Malaysia
- Syarat-syarat asas bagi permohonan untuk Felo TFM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 32 tahun
- Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Ijazah Sarjana Muda/Sarjana daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
- Calon yang berkelulusan bidang pendidikan (e.g. Bachelor of Education, TESOL) perlu berdaftar dalam sistem MySPP)
- Calon cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumulative Grade Point Average (CGPA) 3.5 ke atas atau setara dengannya mengikut negara di mana calon memperolehi ijazah mereka.
- Calon yang memperolehi CGPA 3.0 ke atas atau yang setara dengannya serta calon lulusan dalam negara yang memperolehi CGPA 3.2 ke atas atau setara dengannya boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh panel pemilihan.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kriteria Felo Program Teach For Malaysia 2021
- Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
- Pemahaman dan komitmen yang mendalam mengenai misi dan visi KPM dan TFM
- Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
- Kemahiran berfikir secara kritis
- Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran
- Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik
Calon digalakkan untuk melayari laman web https://teachformalaysia.org/who-we-look-for/ untuk pemahaman kompetensi kepimpinan Program TFM yang lebih mendalam.
Cara Permohonan Felo Teach For Malaysia 2021
- Calon yang berminat boleh melayari laman web http://www.teachformalaysia.org untuk maklumat lanjut.
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) https://www.tfaforms.com/4839998?tfa_9999936980068=KPMTFM2021
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
- Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.
Tarikh Tutup Permohonan permohonan Felo Program TFM melalui iklan ini adalah pada 22 Februari 2021. Para graduan dialu-alukan untuk memohon.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program TFM, calon-calon boleh diajukan melalui e-mel rasmi [email protected]. Calon-calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.