Difitnah merogol, Da’i Syed buat laporan polis

Petaling Jaya: Pendakwah muda, Da’i Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini, jam 5.45 petang hari ini susulan pemilik akaun berkenaan mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol pendakwah itu.

Kesal dengan tuduhan berkenaan, Syed berkata, laporan itu dibuat untuk membersihkan nama baiknya, selain melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu.

“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya,” katanya.

Menurut Syed, dia menganggap fitnah yang dilemparkan sebagai dugaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga. Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sumber: hmetro

Leave a Comment

error: Content is protected !!