Biasiswa JPA Mara (PKJM) 2021 : Permohonan dan Semakan

Biasiswa JPA Mara (PKJM) tahun 2021 dibuka untuk permohonan. Lepasan SPM boleh memohon penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021.

Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan SPM. Untuk makluman anda, pelbagai syarikat dan institusi kini telah membuka permohonan biasiswa kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran.

Program Khas JPA MARA 2021 (PKJM) adalah untuk menaja pelajar bumiputera yang cemerlang yang lulus SPM pada tahun 2020 untuk belajar persediaan dan program sarjana muda di dalam dan luar negara, iaitu, Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Program ini terdiri daripada empat sub program seperti berikut:

  • Program Akademik Jepun;
  • Program Berkembar New Zealand;
  • Program Akademik United Kingdom; dan
  • Program Akademik Amerika Syarikat

Tarikh Permohonan Biasiswa JPA Mara (PKJM)

Permohonan tajaan biasiswa ini dibuka secara online sepanjang tempoh berikut 10 Jun hingga 23 Jun 2021. Para pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dalam talian sebelum atau pada tarikh tutup permohonan pada 23 Jun 2021.

Lulusan SPM yang berminat untuk belajar di bawah naungan JPA-MARA boleh menyemak syarat kelayakan dan membuat permohonan.

Mohon Sekarang : https://www.mara.gov.my/

Syarat Permohonan Biasiswa JPA Mara (PKJM)

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat kali pertama; dan
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Senarai Biasiswa Terkini Untuk Lepasan SPM

Admin kongsikan informasi buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang sedang mencari biasiswa atau dana untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Admin akan membantu anda menyenaraikan biasiswa terkini untuk tahun 2021 yang masih menerima permohonan.

Boleh melihat senarai biasiswa terkini untuk lepasan SPM dan cara memohon dan membuat semakan di bahagian di bawah:

1. Permohonan Biasiswa JPA Mara (PKJM) 2021
2.Biasiswa Bank Negara : Kijang Scholarship 2021
3.Permohonan Biasiswa Shell Malaysia 2021

Semakan Biasiswa JPA Mara (PKJM) 2021

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my selewat-lewatnya pada 30 Julai 2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!