Modul PdPR Matematik Tahun 1-6

Modul PdPR Matematik Tahun 1 Hingga 6 ini adalah perkongsian yang membantu guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan teknologi. Di sini juga admin kongsikan Modul PDPR Matematik yang membantu murrid tampa akses internet bagi murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

Sekiranya pada masa lalu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersemuka: dari segi penyampaian dan penilaian berterusan. Norma baharu ini telah menyebabkan pemindahan semua pengetahuan dan penilaian, dan kaedah perkongsian dapat dilaksanakan secara dalam talian atau menggunakan modul.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Walaupun pada peringkat awal, kebanyakan murid, ibu bapa dan sebilangan pendidik, merasa sukar untuk menyesuaikan diri, kebanyakan kini akur belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Pelbagai kekangan, seperti masalah akses Internet dan peranti dihadapi. Kini guru juga menyediakan modul untuk kegunaan semua.

Panduan Pembinaan Modul PdPR

Modul pembelajaran perlu dirancang dan disusun untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid dan dilaksanakan dalam jangka masa yang sesuai. Modul pembelajaran yang dibangunkan harus mengandungi perkara-perkara yang berikut:

  • Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah)
  • Tajuk atau tema modul
  • Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
  • Tempoh pelaksanaan aktiviti
  • Penerangan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti
  • Nota berstruktur berkaitan dengan tajuk modul
  • Aktviti yang relevan dengan topik PdP (contoh)
  • Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid.
  • Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan.
  • Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir sebelum menerima modul pembelajaran seterusnya.

Dapatkan Modul PDPR Matematik

Memandangkan sesi PdPR akan bermula tidak lama lagi, sudah tentu persediaan telah bermula dari sekarang. Pastinya ramai guru yang akan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Boleh pilh contoh modul bersesuaian di sini:

Kami akan kemaskini bahan dari masa ke masa. Ingin menyumbang? Hantarkan bahan ke Telegram kami: t.me/tchercollection.

Berkaitan Koleksi Modul PdPR KSSR

Admin juga insha-Allah akan mengumpulkan kuiz dan latihan bagi setiap subjek. Koleksi ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi latihan yang telah disediakan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

Koleksi Modul PdPR Bahasa Melayu
Himpunan Modul PdPR Bahasa Inggeris
Contoh Modul PDPR Matematik
Himpunan Modul PdPR Sains
Bina Modul PDPR Pendidikan Islam
Muat Turun Modul PDPR Prasekolah

Maka, marilah sama-sama kita membuat perancangan yang baik untuk memastikan isi pembelajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!