Kadar Zakat Fitrah 2021 mengikut negeri ini boleh dijadikan panduan penduduk di 13 buah negeri di Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan. Bulan Ramadan semakin berjalan, kita telah melepasa satu per tiga Ramadan.
Saat bersemangat beribadah di bulan suci ini, perlu diingatkan juga telah diwajibkan ke atas kita untuk membayar zakat fitrah. Zakat fitrah mempunyai hikmah tersendiri. Menyucikan diri dan juga berkongsi rezeki dengan saudara-mara yang memerlukannya agar mereka juga dapat bergembira di hari raya.
Zakat Fitrah adalah kewajipan setiap muslim. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan adalah membersihkan dan menyucikan jiwa. Muslim berpuasa akan terhindar daripada perkara-perkara yang tidak berguna dan bermanfaat. Kemudiannya, Zakat Fitrahlah yang akan menolong fakir miskin dan golongan yang memerlukan, sebelum menyambut hari raya.
Kadar Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri
Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. Sehubungan itu, kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
Nilai bagi kadar ini berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri. Berikut merupakan perkongsian JAKIM.
Bil | Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri | Negeri |
---|---|---|
1 | Fitrah Selangor – RM 7, RM 14, RM 21 | |
2 | Perak – RM 7, RM 14, RM 21 | |
3 | Johor – RM 7, RM 10 | |
4 | Kelantan – RM 7, RM 14, RM 21 | |
5 | Negeri Sembilan – RM 7 | |
6 | Terengganu – RM 7 | |
7 | Kedah – RM 7, RM 14, RM 21 | |
8 | Pulau Pinang – RM 7, RM 12, RM 16 | |
9 | Perlis – RM 7 | |
10 | Melaka – RM 7, RM 14 | |
11 | Pahang – RM 7 | |
12 | Sabah – RM 7 | |
13 | Sarawak – RM 7 | |
14 | Wilayah Persekutuan – RM 5, RM 7, RM 14 |
Baca juga : Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2021
Syarat Wajib Zakat Fitrah
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
Lafaz Akad Zakat Fitrah
- Diri sendiri: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
- Diri sendiri dan tanggungan: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
- Lafaz bagi pihak: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Waktu-waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
- Harus: bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
- Wajib: selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
- Afdhal: selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
- Makruh: selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
- Haram: selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.