Bantuan Pakaian dan Peralatan Sekolah MAIWP. Sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif sentiasa mencari keredhaan Allah. MAIWP komited memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah.
Di samping itu juga, MAIWP memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam. Selain itu, majlis ini juga melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.
Bantuan pakaian dan peralatan sekolah
Mulai hari 23 Disember 2020, seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf boleh “membeli tanpa perlu membayar” pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2021.
MAIWP mulai tahun ini memudahkan keluarga asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan. Mereka hanya perlu:
- Hadir ke mana-mana 46 buah pasaraya/ kedai terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
- Pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh MAIWP mengikut kadar yang ditetapkan.
- Pulang dengan hati gembira tanpa perlu membuat bayaran”Pembelian tanpa perlu pembayaran” atau dengan kata lain proses penebusan boleh dibuat mulai hari ini 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
6 Langkah Tebus bantuan pakaian dan peralatan sekolah
Untuk mengetahui cara-cara membuat pembelian keperluan peralatan sekolah, sila rujuk kepada langkah-langkah pembelian seperti dibawah:
LANGKAH 1
Setiap penerima bantuan diwajibkan untuk membeli barangan wajib terlebih dahulu yang telah ditetapkan oleh MAIWP.
LANGKAH 2
Serahkan MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal yang terletak di kaunter bayaran.
LANGKAH 3
Juruwang akan mengimbas barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.
LANGKAH 4
Juruwang memasukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.
LANGKAH 5
Masukkan 6-Digit Pin pertama yang tertera di MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal.
LANGKAH 6
Resit akan dicetak setelah selesai. Sila pastikan anda menyemak baki akaun pada resit dan simpan resit tersebut sebagai rujukan.
Semakan penerima
Untuk semakan penerima Bantuan Pakaian dan Peralatan Sekolah, layari:
https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/…/maiwp-kasih-asnaf…/ Setiap pelajar telah ditetapkan kadar bantuan yang diperlukan dan secara keseluruhannya sebanyak RM9.13 juta dana zakat diperuntukkan bagi bantuan ini.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.