RPT 2021 tahun 2 lengkap semua subjek ini untuk kegunaan guru-guru. Bahan-bahan di sini akan dikemaskini dari masa ke masa. Bergantung kepada sumbangan daripada guru-guru lain untuk manfaat bersama.
Rancangan Pengajaran Tahunan mengandungi isi pengajaran dan pembelajaran yang ditulis secara ringkas berdasarkan Dokumen Standard dan Kurikulum dan Pentasiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (SP1Bil. 3/1999)
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook Tchercollection | Telegram Tchercollection |
Ciri Utama Rancangan Pengajaran Tahunan
RPT disusun berdasarkan Dokumen Standard dan Kurikulum dan Pentasiran (DSKP) . Dokumen ini disediakan merangkumi sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun. Selain itu, RPT ini juga diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.
Takwim persekolahan juga akan dirujuk dan diselitkan dalam rancangan ini. Berikut merupakan item yang kebiasaaannya dimasukkan dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).
- Kelompok : Masa pelaksanaan ( tiga hingga empat minggu)
- Tema dan Tajuk
- Hasil Pembelajaran Khusus
- Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum
- Catatan
- Peperiksaan / ujian bulanan,
- Cuti Persekolahan
- Program / Aktiviti Sekolah
- Laman web atau bahan bantu belajar / mengajar, lembaran pengurusan grafik (LPG)
Dapatkan RPT 2021 tahun 2 di sini
Memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, sudah tentu persediaan telah bermula dari sekarang. Pastinya ramai guru yang akan menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) masing-masing. Muat turun RPT melalui pautan ini:
Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi RPT yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.
- Tahun 1 – RPT Rancangan Pengajaran Tahunan 2021
- RPT Tahun 2 – Rancangan Pengajaran Tahunan 2021
- Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 3 2021
- Tahun 4 2021 – Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
- Tahun 5 – Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) 2021
- Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) 2021 Tahun 6
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah asas PdPc. Ini adalah panduan berstruktur untuk guru memastikan pembelajaran berlaku dengan lancar. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) 3/99, RPH adalah terjemahan dari rancangan pengajaran tahunan (RPT).
Maka, marilah sama-sama kita membuat perancangan yang baik untuk memastikan isi pembelajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.