Gaji 2021 Penjawat Awam & Kerajaan : Tarikh

Gaji 2021 Penjawat Awam & Kakitangan Kerajaan ini merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020. Surat ini menjelaskan tentang Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2021.

Penetapan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2021 ini adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK(S)600-1/7/6(41) bertarikh 4 Disember 2020 – Permohonan Pengecualian AP105 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2021.

Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi. Peruntukan surat pekeliling ini juga dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

Tarikh gaji 2021 kakitangan kerajaan / penjawat awam

Sila rujuk jadual gaji penjawat awam di bawah untuk mengetahui tarikh penerimaan gaji bagi bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember.

 BulanTarikhHariCatatan 
     Januari25.01.2021Isnin 
     Februari 09.02.2021SelasaTahun Baru Cina 12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu)
     Mac 18.03.2021Khamis – 
     April22.04.2021Khamis
     Mei06.05.2021KhamisHari Raya Puasa 13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat)
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin)
     Jun14.06.2021IsninHari Gawai 1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu)
     Julai14.07.2021RabuHari Raya Haji 20 & 21 Julai 2021 (Selasa & Rabu)
     Ogos19.08.2021Khamis
     September23.09.2021Khamis
     Oktober25.10.2021Isnin
     November25.11.2021KhamisHari Deepavali 4 November 2021 (Khamis)
     Disember20.12.2021IsninHari Krismas 25 Disember 2021 (Sabtu)
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Rezeki bukan sekadar wang ringgit

Perlu juga ulang-ulang diingat bahawa rezeki Allah bukan hanya kekayaan atau wang ringgit, tetapi juga pengetahuan, kedamaian, anak-anak soleh solehah dan keluarga bahagia.

Kita boleh lihat dengan mata kasar dalam kehidupan seharian tanda-tanda keberkatan rezeki. Berikut merupakan beberapa tanda keberkatan rezeki:

  1. Iman kian kuat dan hati yang semakin dekat dengan Allah.
  2. Hati yang semakin rasa tenang dan tenteram.
  3. terdorong menjadi insan yang pemurah.
  4. Dijauhkan daripada bala Allah.
  5. Dapat membentuk keluarga yang harmoni.
  6. Melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  7. Sentiasa Qanaah; merasa cukup dan bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah.

Maklumat lanjut mengenai bayaran gaji

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!