Serah Tugas Guru Akhir Tahun : Borang dan Senarai Semak. Admin kongsikan senarai semak guru sebelum pulang bercuti.
Guru perlu penuhkan bahagian-bahagian di dalam borang atau senarai semak akhir tahun ini. Seterusnya, dapatkan tandatangan daripada guru kanan / guru / kakitangan pejabat berkaitan sekiranya perkara-perkara / butir-butir tersebut telah diserahkan atau telah diambil tindakan.
Borang yang telah lengkap dipenuhkan hendaklah dikembalikan semula kepada guru penolong kanan atau guru besar, mengikut tarikh yang ditetapkan.
Pada akhir borang, guru perlu mengesahkan bahawa semua perkara yang berada dalam tanggungjawab saya telah diambil tindakan sewajarnya sebagaimana yang diperakukan dalam senarai semak tersebut.
Maklumat lain dalam nota serah tugas guru akhir tahun
Berikut merupakan cadangan maklumat tambahan yang perlu ada dalam senarai semak akhir tahun guru supaya semua guru maklum tentang tarikh-tarikh penting ini.
Mesyuarat AJK Pengurusan dan Pentadbiran Sesi Persekolahan 2021 |
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 |
Mesyuarat Pendaftaran Murid Peralihan / Tingkatan 1 2021 |
Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2021 |
Mesyuarat Panitia Bil 1/2021 |
Pendaftaran murid baru Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 |
Pengumuman Keputusan PT3 2021 |
Mesyuarat HEM Bil 1/2021 |
Mesyuarat Kokurikulum Bil 1/2021 |
Hari pertama persekolahan sesi 2021 |
Borang dan Senarai Semak Pengurusan Am
Buku Rekod Persediaan Mengajar [BRPM] Menyerahkan BRPM ke pejabat. |
Buku Teks Guru Memulangkan buku teks yang dipinjam kepada SPBT. |
Alamat Semasa Cuti Menulis dan mengemaskini alamat dan no telefon pada buku yang disediakan. |
Peralatan dan Barangan Sekolah Memulangkan peralatan dan barangan yang dipinjam dari pihak sekolah seperti BBM, alatan sukan, ERT, Sains, Perpustakaan, APD dan kokurikulum. |
Kemudahan Bilik Guru Telah membersih, mengemas meja guru dan tempat menyimpan buku. |
Kunci-Kunci Bilik Khas Semua kunci bilik-bilik khas yang disimpan oleh guru hendaklah dilebel dan diserahkan ke pejabat. |
Mesyuarat JK Pengurusan dan Pentadbiran Telah mengambil maklum bahawa mesyuarat akan diadakan pada 27/12/15 |
Mesyuarat Guru Telah mengambil maklum bahawa mesyuarat guru kali pertama bagi sesi persekolahan akan diadakan pada 28,29, 30 dan 31/12/15 (Semua Guru) |
Invois dan Bil Telah menyerahkan semua bil dan invois kepada pihak sekolah |
Kad Stok dan Inventori Menyerahkan Kad Stok dan Inventori yang telah dikemaskini ke pejabat. |
Jadual Bertugas SPM Telah menyemak dan maklum mengenai jadual giliran hari bertugas semasa SPM |
Bengkel, Makmal, Bilik Khas Guru telah mengemas dan membersihkan bilik, bengkel dan makmal. |
Borang LNPT 2020 Telah dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat(1 November 2020) |
Dokumen PBPPP Telah lengkap dan diserahkan sebelum 1 November 2020 |
KadPelaporan Kursus/Latihan Telah dilengkapkan dan diserahkan. |
Bayaran Majalah Semua bayaran majalah murid telah dipungut dan buku resit telah diserahkan ke pejabat. |
Sumbangan PIBG Semua yuran PIBG yang telah dipungut dan buku resit telah diserahkan kepada Bendahari PIBG. |
Penyerahan Laporan Aktiviti Pelan Taktikal dan Pelan Operasi Semua guru yang terlibat telah menyerahkan laporan aktiviti PT dan PO 2020 pada 30 Oktober 2020 |
Borang dan Senarai Semak Pengurusan Kurikulum
Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi 2020 Telah diserahkan secara e-mail/ softcopy |
Fail Panitia Pastikan 7fail panita telah dikemaskini dan senarai semak penyemakan fail diserahkan kepada GKMP |
ABM Panitia Mata Pelajaran 2020 Menyemak baki akaun PCG dan ABM 2020 untuk diserahkan kepada GKMP dan Pejabat. |
Penyediaan Sijil PBS Guru mata pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 merekod markah PBS dalam PPPM melalui Frog Vle |
SU PBS mencetak slip PBS dan menyerahkan kepada guru tingkatan |
Guru Tingkatan menyimpan slip PBS dalam fail peribadi murid |
Sukatan/ HSP/ RPT Menyedia dan mengemaskini bagi P&P 2020 |
Stok dan Inventori Panitia Menyemak dan mengemaskini stok & inventori |
Mesyuarat Akhir Panitia Melaksanakan mesyuarat panitia bil 4/2020 sebelum 31 Oktober 2020 |
Analisis Peperiksaan Akhir Tahun dan Data Headcount Membuat analisis peperiksaan akhir tahun dan menyediakan data Headcount (TOV, ETR) bagi tingkatan 1,2 dan 4. |
Pemeriksaan Kertas Jawapan Murid Jawapan murid dalam peperiksaan Akhir Tahun telah ditanda dan markah telah diisi dalam SAPS (sebelum 13 Nov 2020). |
Penyediaan Slip Keputusan Pep. Murid Guru tingkatan 4 / Tingkatan 2 / Tingkatan 1 / Kelas Peralihan telah mencetak slip peperiksaan dan menyerahkan kepada PK untuk ditanda tangan: Ting 4 – PK Pentadbiran Ting 2 / 1 / Peralhan – PK Petang |
Guru Tingkatan 1, 2 dan 4 menyimpan slip keputusan peperiksaan dalam fail peribadi murid |
Pengurusan PBS Tingkatan 3 Mencetak slip PBS |
Menyediakan slip ujian psikometrik |
Menyediakan slip PAJSK |
Peperiksaan SPM Menyediakan dewan dan bilik peperiksaan |
Menyediakan senarai guru bertugas |
Mengadakan taklimat dan penyelarasan Gerakan Payung |
Serah Tugas Guru Akhir Tahun: Pengurusan HEM
Buku Register Telah dilengkapkan dan dikemaskini sebelum diserahkan ke pejabat. |
Penyerahan dan Penyimpanan Fail Peribadi Murid (FPM) Telah mengemaskini dan menyimpan FPM di bilik inventori. (Sila serahkan/ kemas kini borang serahan dokumen) |
Pemulangan SPBT Murid telah memulangkan buku mengikut prosedur dan tarikh yang ditetapkan. |
Agihan SPBT Murid telah dimaklumkan mengenai jadual agihan buku SPBT serta telah menyediakan perancangan agihan SPBT. |
Melengkapkan dan memfailkan dokumen SPBT. |
Menguruskan kutipan wang bagi gantirugi buku yang hilang atau rosak mengikut prosedur yang betul. |
Menguruskan tugas-tugas SPBT lain yang belum diselesaikan termasuk pelupusan buku (jika berkenaan) dan mengemaskini buku stok SPBT 2020. |
Makluman Persekolahan Sesi 2020 Mengedarkan surat siaran mengenai Sesi persekolahan 20206 kepada murid. |
Surat siaran berkaitan senarai keperluan persekolahan lain bagi sesi 2020 kepada semua murid. |
Unit Disiplin Lengkapkan dan kemaskini fail disiplin. |
Lengkapkan dan kemaskini maklumat Merit Demerit. |
Penyerahan PS, PT & PO 2020 |
Lembaga Pengawas Telah melengkapkan senarai prestasi pengawas. |
Telah menyediakan senarai pengawas dan AJK sesi 2020. |
Telah menyenaraikan keperluan pengawas 2020 |
Membuat penyelarasan tugas pengawas tahun 2020 dengan AJK pengawas 2020. |
Memberikan sijil penghargaan kepada pengawas 2020. |
Kantin Mengemas kini fail-fail berkaitan kantin dan serah kepada PK HEM. |
Memeriksa dan menyelia kemudahan kantin termasuk perabot dan peralatan lain dan melaporkan kepada PK HEM. |
Biasiswa/ KWAMP Telah mengambil tindakan terhadap semua tugas berkaitan biasiswa/KWAMP bagi tahun 2020 termasuk surat/laporan yang perlu dihantar kepada PK PETANG / PPD/JPN, laporan BKP/YPJ dan lain-lain. |
Menyerahkan kepada PK HEM semua fail yang berkaitan biasiswa/KWAMP yang telah kemas kini. |
Buka Akaun BKP baru. |
Kesihatan Meengkapkan laporan kesihatan dan serahkan fail berkaitan. |
Unit Keselamatan Melengkapkan laporan keselamatan/kebakaran dan serahkan kepada PK HEM. |
Unit Bimbingan dan Kaunseling Telah menyediakan perancangan program orientasi tingkatan 1 & Tingkatan 4 sesi 2020. |
Perancangan program peningkatan akademik, disiplin dan dadah 2020. |
Menyediakan Laporan program Akademik/ Sahsiah 2020. |
Surat Akuan dan Sijil Berhenti Sekolah Draf Surat Akuan dan Sijil Berhenti Sekolah telah disediakan dan diserahkan. |
Buku Pengurusan Kelas Menyerahkan Buku Pengurusan Kelas kepada PK HEM/PK Petang |
Borang dan Senarai Semak Pengurusan Kokurikulum
Pelan taktikal dan Pelan Operasi Perancangan Strategik Kokurikulum 2020 Telah menyiapkan PS, PT, PO dan serahan secara e-mail/sofcopy |
Persatuan/Kelab/Unit Beruniform Serahkan buku laporan aktiviti mingguan kokurikulum. |
Pendaftaran Persatuan/Kelab/Badan Beruniform telah dibuat. |
Markah Data Kokurikulum (PAJSK) Melengkapkan data onlie (Ting 1 – 4) |
Mengisi markah murid dalam Kad Koko (biru) – Tingkatan 5 sahaja |
Sijil Penyertaan dan Penghargaan Pastikan murid yang layak telah diberikan sijil-sijil. |
Ketua Guru Sukan dan permainan/ 1M1S Menyerahkan laporan guru sukan dan permainan/ 1M1S 2014 kepada PK Kokurikulum/ SU Sukan. |
Memulangkan peralatan dan dokumen yang dipinjam daripada unit sukan. |
Melengkapkan laporan SEGAK penggal 1 dan 2 secara online |
Laporan Pencapaian Kokurikulum Laporan Pencapaian Kokurikulum telah disediakan dan diserahkan |
Stok Alatan Sukan/Padang/PJ Menyemak stok alatan sukan, padang dan PJ |
Koperasi Membuat anggaran/pesanan keperluan koperasi 2020. |
Menyediakan senarai keperluan persekolahan 2020. |
Membuat penyelarasan dan perancangan jualan alat tulis sidang 2020. |
Laporan koperasi dan akuan sesi 2020 diserahkan kepada pengetua untuk pengesahan. |
Majalah Menghantar draf Majalah 2020 |
Borang dan Senarai Semak yang dikongsikan ini mungkin berbeza mengikut sekolah, namun kandungannya boleh dijadikan sebagai panduan. Guru-guru boleh membuat rujukan melalui bahan ini, namun disarankan juga untuk merujuk jawatankuasa pentadbiran sekolah masing-masing.
Penutup
Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.
Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !
Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.