Cara Menulis Ulasan PT3 Dengan Cemerlang

Perkongsian kali ini, admin kongsikan cara menulis ulasan PT3 dengan cemerlang. Panduan menulis ulasan PT3 ini dikongsikan oleh Cikgu Arnella Binti Matdin.

Panduan Menulis Ulasan PT3

Apakah ulasan? Ulasan ialah soalan  pemindahan maklumat daripada pelbagai bentuk yang bergambar kepada maklumat bertulis.

Apakah bentuk ulasan ? Ulasan ada pelbagai bentuk seperti, info grafik, poster, illustrasi, kartun, graf, carta, kartun, iklan, rencana, pelan dan carta pai.

Format Ulasan Bahasa Melayu PT3

Berikut merupakan butiran lengkap mengenai Soalan Ulasan Bahasa Melayu PT3:

  • Jumlah patah perkataan : 80 sehingga 100 patah perkataan
  • Masa menjawab : 20 minit
  • Bilangan Perenggan: Satu perenggan sahaja

Cara Menulis Ulasan PT3

Pertama sekali, murid-murid perlu terlebih dahulu mengenal pasti isi tersurat dan isi tersirat. Kedua-dua isi ini perlu ada dalam ulasan.

  • ISI TERSURAT: Isi tersurat ialah maklumat bertulis yang terdapat dalam gambar
  • ISI TERSIRAT: Isi tersirat ialah isi lain, selain yang terdapat dalam gambar, tetapi berkaitan dengan info yang diberi.

Nyatakan Jumlah Perkataan Ulasan

Setelah memahami dan mendapatkan isi tersurat dan tersirat, murid-murid juga perlu tahu format penulisan ulasan. Pastikan jumlah patah perkataan ditulis di bahagian akhir ulasan. Contohnya:

  • 98 patah perkataan

Panduan pengiraan jumlah perkataan

Pengiraan patah perkataan bukan sahaja perlu dilihat pada bilangan perkataan; tetapi juga perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa perkataan dikira sebagai satu patah perkataan. Perkataan dikira yang dikira sebagai satu perkataan ialah:

Nama khas Kementerian Pendidikan Malaysia
Kata majmuk atur cara
Kata depandi belakang / ke rumah
Tarikh 10 Julai 2020
Kata gandabertiga-tiga
Angka yang ditulis dalam perkataanenam ratus tujuh puluh dua
GelaranTun Mahathir Mohamad

Panduan Membina Kerangka Ulasan

  • Pendahuluan
    • Tulis satu ayat pernyataan tentang tajuk yang dibincangkan berdasarkan gambar.
  • Maksud Isi Tersurat
    • Isi atau maklumat yang terdapat dalam gambar.
  • Definisi Isi Tersirat
    • Isi yang tidak terdapat  dalam gambar tetapi isi yang berkaitan dengan maklumat yang diberi.
  • Penutup
    • Satu ayat merumuskan keseluruhan ulasan.

Contoh soalan dan jawapan Ulasan PT3

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

[Perenggan] Demam denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Terdapat beberapa simptom demam denggi. Antara gejala tersebut ialah pesakit akan mengalami gejala seperti sakit perut dan cirit-birit. Selain itu, pesakit akan muntah-muntah, demam dan sakit kepala. Disamping itu, sakit otot , sakit sendi serta ruam merah di kulit. Gejala-gejala ini akan timbuls elepas 5 hingga 6 hari pesakit digigit oleh nyamuk Aedes. Terdapat pelbagai jenis carauntuk mencegah demam denggi seperti memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kita haruslah membuang bekas-bekas yang boleh menakung air. Air bertakung merupakan tempat nyamuk Aedes membiak. Oleh itu, marilah kita semua memastikan kawasan rumah bersih.

98 patah perkataan

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan-bahan bermanfaat seperti ini; untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

13 thoughts on “Cara Menulis Ulasan PT3 Dengan Cemerlang”

  1. Maklumat berikut menunjukkan tentang kursus akuakultur 2020.Akuakultur adalah pembiakan, pemeliharaan, dan organisme lain di semua jenis lingkungan air.Seterusnya,meningkatkan produktiviti hasil ladang.Contohnya,ianya membekalkan sumber protein kepada negara.selain itu,golongan belia digalakkan memohon untuk menyertai kursus ini. Hal ini demikian kerana kita perlu memupuk minat remaja dalam pemeliharaan ekosistem .Di samping itu,permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses . Sebagai contoh, permohonan yang tidak menepati syarat tidak layak untuk mengikuti kursus ini.Kesimpulannya kursus akuakultur amat penting bagi negara kerana ia dapat mengelakkan kepupusan hidupan marin

    Reply
  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Mohon izin cikgu untuk saya guna bahan ini dengan anak2 murid saya,
    Terima kasih Cikgu.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!