Permohonan Tablet Percuma Pelajar B40 : Etuisyen Bantu 2.0

Permohonan Tablet Percuma Pelajar B40 ini merupakan khabar gembira untuk pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah B40. Kempen ini bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan Tablet Telcast P20HD untuk kegunaan pembelajaran di rumah.

Tempoh Kempen, iaitu tempoh permohonan untuk mendapatkan tablet percuma ini bermula 28 Januari 2021 sehingga 28 Februari 2021.

eTuisyen adalah platform PERCUMA untuk menghubungkan semua orang tanpa mengira usia dengan berkongsi pengetahuan atau maklumat terkini tanpa had. 

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Syarat Permohonan Tablet Percuma

Tidak semua pelajar cukup bernasib baik untuk merasai pengalaman belajar di rumah. Sebahagian daripada mereka tidak dapat mengakses sebarang peranti.

Keluarga B40 ini merupakan mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000

Bantu anak murid atau saudara mara melalui kempen ini. Bagi pelajar-pelajar yang memerlukan peranti ini untuk pembelajaran, syarat untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Murid Darjah 1 hingga Tingkatan 5 (atau yang setaraf dengannya).
  3. Masih bersekolah di mana-mana sekolah (kecuali sekolah antarabangsa).
  4. Pendapatan keluarga seisi rumah adalah B40 & ke bawah serta penerima Bantuan Prihatin National (BPN).
  5. Anak yatim / penerima zakat / golongan asnaf (diutamakan).
  6. Tidak mempunyai sebarang laptop/tablet.
  7. Tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

Senarai Bantuan :-

🍎Permohonan Telefon Pintar Percuma YTL Faundation
🍎Sumbangan Tablet Kepada Pelajar Miskin
🍎Permohonan Tablet Percuma : ETuisyen
🍎Bantuan Tuisyen Percuma Cikgu Saarani
🍎Permohonan bantuan insurans Perkeso 2021

Cara Permohonan Tablet Percuma B40 2021

  1. Layari laman web https://account.etuisyen.my/etuisyenbantu/
  2. Klik pada butang “Create an account”
  3. Isi maklumat yang diperlukan;
    • Email
    • Password
    • Confirm password
    • Categories – pilih student
    • First name
    • Last name
    • Username (pilih username yang bersesuaian. Akan digunakan ketika login)
    • Gender
    • Mobile Number
    • Tarikh lahir
    • Alamat 
    • Poskod
    • District – Contoh Petaling Jaya
    • Negeri
  4. Klik pada “Decleration”
  5. Kemudian “Create Account”

Permohonan boleh di buat di sini: https://account.etuisyen.my/etuisyenbantu/

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

4 thoughts on “Permohonan Tablet Percuma Pelajar B40 : Etuisyen Bantu 2.0”

  1. Maksudnya.. Kita isi create akaun utk nama yg utk dpt bantuan tu ke. Boleh ke letak email kita. Tp utk memohonkan org lain. No telefon no telefon mereka la ye.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!